Tengku Amir Shah, Datin Paduka Seri Afzaa Fadini sambut ulang tahun pertama perkahwinan

SHAH ALAM — Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz menyambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka hari ini.

Ucapan sempena ulang tahun perkahwinan pasangan diraja itu dikongsikan menerusi akaun Instagram dan Facebook Friends of RMS, yang menyifatkan tahun pertama perkahwinan mereka lebih bermakna dengan kehadiran cahaya mata.

“Selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama buat DYTM Tengku Amir Shah & YM Datin Paduka Seri Afzaa Fadini,” katanya.

Dalam hantaran tersebut, Friends of RMS turut mendoakan agar kasih sayang pasangan diraja itu terus mekar, langkah mereka sentiasa seiring serta dikurniakan lebih banyak kenangan indah bersama pada tahun-tahun mendatang.

Lebih istimewa, pasangan itu kini bergelar ibu dan bapa selepas menyambut kelahiran puteri sulung mereka, Yang Mulia Tengku Alia Amira Tengku Amir Shah pada 21 Julai 2026.

“Tahun pertama ini pastinya lebih bermakna dengan hadirnya permata hati, YM Tengku Alia Amira, yang melengkapkan lagi bahagia sebuah keluarga.

“Semoga kasih terus mekar, langkah terus seiring dan setiap tahun yang mendatang dipenuhi lebih banyak cerita indah bersama. Happy 1st Anniversary,” ujarnya.

Untuk rekod, pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga dalam istiadat pernikahan diraja di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang pada 2 Oktober 2025.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat