Pimpinan GRS adakan pertemuan tertutup di Sri Gaya malam tadi

KUALA LUMPUR – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengadakan pertemuan tertutup di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah, Sri Gaya, di Kota Kinabalu malam tadi.

Pertemuan yang bermula pada jam 7 malam itu dihoskan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, yang juga Pengerusi GRS, sebelum beberapa pemimpin dilihat meninggalkan kediaman rasmi itu sekitar jam 10 malam, lapor Bernama di Sabah.

Antara pemimpin yang hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Jeffrey Kitingan, yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR); Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee; serta Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joachim Gunsalam.

Difahamkan pertemuan itu bertujuan membincangkan persediaan GRS menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang dijangka diadakan tahun ini.

GRS dianggotai oleh Parti Gagasan Rakyat Sabah, PBS, STAR, SAPP, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Harapan Rakyat Sabah, dan Parti Cinta Sabah (PCS).

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 dijadualkan terbubar secara automatik pada 11 November ini sekiranya tidak dibubarkan sebelum tarikh berkenaan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat