127 Maut Dalam Rusuhan Pada Perlawanan Bola Sepak

- Advertisement -

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 127 orang terkorban dalam rusuhan pada satu perlawanan bola sepak di Indonesia lewat malam tadi.

Dilaporkan dua daripada mereka yang terbunuh adalah pegawai polis.

Keganasan berlaku di sebuah stadium di Jawa Timur ketika perlawanan berlangsung di antara pasukan Arema dan Persebaya Surabaya.

Kekacauan tercetus selepas perlawanan berakhir 2-3 dengan kemenangan kepada pasukan pelawat.

Menurut laporan media tempatan, ribuan penyokong Arema meluru ke dalam padang selepas pasukan mereka tewas.

Beberapa pemain Arema yang ketika itu masih berada di atas padang turut diserang.

Dipercayai rempuhan bermula apabila polis melepaskan gas pemedih mata ke arah orang ramai.

Seorang pegawai kesihatan tempatan berkata ramai mangsa meninggal dunia akibat “kesesakan, dipijak, dan sesak nafas”.

Difahamkan kira-kira 180 orang sedang dirawat di hospital.

Liga bola sepak Indonesia kini digantung seminggu, dengan Arema dilarang daripada menganjurkan sebarang perlawanan sepanjang musim ini.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat