Malaysia duduki tangga ke-36 laporan Global Innovation Index 2022

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia menduduki tangga ke-36 daripada 132 negara dalam laporan Global Innovation Index (GII) 2022.

Malaysia juga dinobatkan sebagai negara ketiga paling berinovatif selepas China dan Bulgaria dalam 36 upper middle income countries berdasarkan Laporan GII 2022.

Bagi negara ASEAN, Malaysia kekal berada di tempat kedua selepas Singapura.

Laporan GII 2022 dikeluarkan oleh World Intellectual Property Organization (WIPO) di Geneva, Switzerland.

“Kedudukan ini amat membanggakan negara setelah mengharungi pelbagai cabaran semasa pandemik Covid-19” katanya Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam kenyataan medianya hari ini.

Selain itu, dalam kenyataan sama, MOSTI memberitahu Malaysia berada di tempat pertama bagi dua indikator iaitu high-tech exports dan creative goods exports.

Tiga dari tujuh tonggak pula menunjukkan peningkatan berbanding 2021 iaitu Market Sophistication, Institutions dan Human Capital and Research, kata MOSTI.

“Bagi memastikan prestasi inovasi negara kekal berdaya saing di peringkat global, MOSTI telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Inter-Agensi Pemantauan Daya Saing Global Innovation Index (JIPGII) melibatkan kementerian dan agensi berkaitan bagi memantau pencapaian prestasi daya saing negara,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat