Covid-19: Anwar Perlu Ambil Iktibar PRN Sabah, Utamakan Keselamatan Rakyat – Asyraf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH) diharap dapat menangguhkan dahulu hasrat untuk menggerakkan agenda menukar kerajaan dan Perdana Menteri hingga membawa kepada pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum Ke-15.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki meminta Anwar dan PH mengutamakan dahulu keselamatan rakyat yang sedang berhadapan dengan risiko gelombang ketiga Covid-19.

“Ambil iktibar daripada apa yang berlaku di Sabah. Akibat perebutan jawatan KM (ketua menteri), akhirnya membawa kepada pembubaran DUN dan PRN Sabah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Semalam, kes jangkitan di Malaysia melonjak kepada 260 kes – angka kedua tertinggi pernah direkodkan di Malaysia.

Daripada jumlah itu, 118 kes adalah di Sabah.

Selain peningkatan kes, negara juga menyaksikan pertambahan empat lagi kluster semalam. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat