Ahli Parlimen Batu Sapi Meninggal Dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Batu Sapi, Sandakan, Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia pada 11.50 pagi tadi.

Pegawai Khas kepada mendiang, Ben Mansul mengesahkan perkara itu dan mengatakan mendiang menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Gleanegles, Kota Kinabalu.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Vui Keong meninggal dunia pagi tadi,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Vui Keong merupakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Mendiang menyandang jawatan sebagai Ahli Parlimen Sandakan di bawah Barisan Nasional (BN) selama dua penggal pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau menang di kerusi Parlimen Batu Sapi di bawah Parti Warisan Sabah (Warisan). – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat