Saya Ada Majoriti Tak Perlu Bubar DUN – Musa Aman

- Advertisement -

Kota Kinabalu – Bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, mempersoalkan kewajaran Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal yang memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan ketika wabak Covid-19.

Musa turut berkata telah menyerahkan akuan bersumpah 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kepada Tuan Yang di-Pertua, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pagi tadi.

“Bagaimana DUN boleh dibubarkan sedangkan kami mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan.

”Adalah tidak wajar lebih-lebih lagi sekarang ini kita berdepan dengan wabak Covid-19,” katanya ketika sidang akhbar sebentar tadi.

Mohd Shafie dalam sidang media di Kota Kinabalu hari ini mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri setelah mendapat perkenan Tun Juhar.

Mohd Shafie, yang juga Presiden Parti Warisan Sabah, berkata beliau akan menjalankan tugas-tugas sebagai Ketua Menteri dalam tempoh pembubaran tersebut.

DUN Sabah mempunyai 65 kerusi ketika ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,555FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat