Daiyan Trisha tak ada apa-apa dengan Aedy Ashraf

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Daiyan Trisha menafikan dirinya sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon, Aedy Ashraf selepas kedua-duanya memuat naik foto menonton konsert kumpulan rock terkenal, Coldplay di Stadium Wembley, London, baru-baru ini.

Walaupun Daiyan pada mulanya berat untuk berkongsi hal peribadi kepada media, pelakon jelita itu bagaimanapun tampil menjelaskan status sebenar hubungan mereka.

“Kami memang berkawan baik dan sudah lama kenal. Kami mula rapat selepas berlakon bersama-sama dalam drama Dee The Series. Kami memang berjanji untuk menonton konsert Coldplay bersama-sama kerana minat dengan kumpulan itu.

“Rasanya tidak salah kami pergi menonton bersama-sama dan kami bukannya pergi berdua tetapi turut ditemani beberapa rakan. Lagipun kami ke sana secara berasingan. Saya ke London dari New York kerana ada urusan kerja, manakala Aedy pula dari Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media pengumuman calon akhir Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-23 di sini.

Menurut Daiyan, dia terkejut apabila video dan foto mereka tular sehingga disangka menjalin hubungan cinta sedangkan niat awal memuat naik perkongsian itu adalah berkongsi perasaan teruja masing-masing.

“Terpulang kepada orang untuk membuat spekulasi yang bukan-bukan dan saya tidak takut dikecam peminat kerana kami adalah rakan satu industri.

“Lagipun memang kami menonton konsert itu bersama, jadi kenapa saya perlu menyembunyikan perkara yang betul. Saya memuat naik hantaran di laman sosial sekadar ingin berkongsi kegembiraan kerana dapat menonton konsert sebuah kumpulan yang memang sangat saya minati,” katanya.

Daiyan juga kelihatan tenang menjawab setiap persoalan termasuk soalan mengenai status terkininya.

Bagaimanapun Daiyan memilih mengunci mulut mengenai pertanyan itu.

Dalam pada itu, Daiyan berkongsi rasa teruja apabila karya berjudul Penat kerjasama dengan penyanyi rap, Tuju tercalon dalam Top 5 bagi dua kategori pada penganjuran AIM23.

“Saya begitu teruja dengan pencalonan ini memandangkan AIM juga sudah lama ditangguhkan. Saya gembira kerana penyanyi yang bukan dalam arus perdana seperti saya mampu lolos dalam Top 5.

“Saya memang seorang yang serius dalam berkarya, saya sentiasa pastikan karya yang dihasilkan lahir dari hati dan berkualiti. Pencalonan ini sedikit sebanyak membuatkan saya lebih bersemangat lagi untuk menghasilkan karya yang berkualiti di masa hadapan.

“Kalau ditanya harapan saya, semestinya saya ingin menang. Tapi saya sudah lebih daripada bersyukur apabila dipilih dalam lima yang terbaik,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat