Semangat berpasukan ATEEZ kental

- Advertisement -

Kumpulan ATEEZ jelas semakin mendapat perhatian dan pujian dari aspek semangat berpasukan. Ternyata, keakraban mereka menjadi kekuatan utama untuk terus meraih tempat di hati peminat.

Anggotanya, Seonghwa mengakui dia memang sangat sayangkan rakan anggota lain dalam ATEEZ. Menurutnya, dia sentiasa mendapat kekuatannya semula setiap kali bersama dengan yang lain.

“Saya rasa takut setiap kali kami melakukan sesuatu perkara baharu misalnya program aneka ragam atau kandungan program lain. Bagaimanapun, saya akan rasa tenang sebaik terfikir saya tidak keseorangan.

“Disebabkan kami akan melakukannya bersama, saya dapat mengawal perasaan sebegitu. Saya rasa setiap kali kami lakukan sesuatu perkara secara berpasukan, tiada yang mustahil untuk kami capai,” katanya.

Manakala, San pula sangat bersyukur memiliki rakan anggota yang sentiasa sepakat dalam banyak hal. Bahkan, sikap sentiasa positif yang ditunjukkan setiap mereka benar-benar mengeratkan lagi ikatan kumpulan itu.

“Cara kami berfikir semakin mencapai keserasian. Setiap kali anggota lain cakap sesuatu hal, saya pun terfikir dan hendak cakap perkara yang sama.

“Walaupun kami penat, setiap anggota tidak pernah berhenti senyum terutama memikirkan kerja-keras dicurahkan kakitangan pengurusan. Saya sangat bangga dengan sikap mesra, sabar, serta timbang rasa ditunjukkan masing-masing,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,567FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat