MPO angkat lapan karya patriotik tempatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebagai usaha menyemarak semangat patriotik, Orkestra Filharmonik Malaysia MPO mempersembahkan siri konsert digital bertajuk MPO Patriotism Series sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Siri konsert digital mengandungi tujuh video yang memaparkan lapan karya berunsur patriotik disiarkan secara berkala menerusi saluran YouTube MPO, MPO TV bermula kelmarin sehingga sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Dipimpin oleh konduktor Ahmad Muriz Che Rose, siri konsert digital ini akan menyaksikan MPO memberi penghormatan kepada beberapa karya patriotik dan lagu rakyat tempatan yang ikonik, namun dipersembahkan dalam susunan orkestra simfoni yang lebih ekstravaganza.

Video pertama menyaksikan pemuzik MPO dan Orkestra Filharmonik Remaja Malaysia (MPYO) memberikan nafas simfoni baharu kepada lagu Tanggal 31 Ogos ciptaan dan nyanyian penyanyi Ahmad CB dan pernah dipopularkan oleh Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.

Selain itu, satu video lain dipersembahkan menerusi karya Negaraku dan Bahtera Merdeka, dimuat naik pada hari yang sama.

Karya lain dipersembahkan termasuklah Cindai ciptaan Suhaimi Mohd Zain, Warisan (Syed Haron Ahmad), Tanah Pusaka (Tan Sri Ahmad Merican), Puteri Santubong (Madzhi Johari) dan Prihatin Malaysia (Datuk Mokhzani Ismail).

 

Orkestra Filharmonik Malaysia MPO mempersembahkan siri konsert digital bertajuk MPO Patriotism Series sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. - Foto MPO
Orkestra Filharmonik Malaysia MPO mempersembahkan siri konsert digital bertajuk MPO Patriotism Series sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. – Foto MPO

 

Setiap karya dipersembahkan, disusuli pesanan dan komentar video mengenai karya berkenan daripada tokoh terkenal dalam industri muzik tempatan.

Antara tetamu diundang termasuklah Penaung MPO, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Pengarah Muzik RTM, Mokhzani; penggubah muzik, Datuk Johari Salleh; komposer, Madzhi; penulis lirik, Hairul Anuar dan penyanyi popular, Datuk Syafinaz Selamat serta Aishah.

Mengulas kempen itu, konduktor, Ahmad Muriz berkata, siri konsert digital itu dibuat sebagai penghargaan terhadap karya orkestra simfoni tempatan.

“Selain menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, siri konsert digital ini diterbitkan sebagai penghargaan terhadap karya orkestra simfoni tempatan, ekspresi sentimen patriotik dan dipersembahkan dalam bentuk orkestra.

“Saya berbesar hati dapat mengetuai dan mempersembahkan karya patriotik hebat ciptaan komposer legenda yang pernah membentuk melodi patriotik selama ini.

“Marilah bersama meraikan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2021 bersama MPO, hanya di MPO TV,” katanya.

Untuk maklumat terkini, boleh layari www.mpo.com.my atau media sosial MPO seperti Facebook, Instagram atau YouTube.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat