Mustahil Maia akan berbaik dengan Ahmad Dhani

- Advertisement -

Jakarta: Penyanyi Maia Estianty, 45, mengakui mustahil dia akan berdamai apatah lagi mendekatkan diri dengan bekas suaminya Ahmad Dhani.

Malah, dia juga melarang percubaan anak-anaknya iaitu Al Ghazali, El Rumi dan Dul Jaelani untuk cuba mendekatkan dia dengan Ahmad Dhani kerana ia tidak mungkin akan terjadi.

“Saya beritahu anak-anak untuk tolong hormati bahawa ayah (Ahmad Dhani) serta ibu (Maia) sudah ada keluarga. Jangan paksa kami untuk keluar atau melancong sekali.

“Tiada keperluan untuk memaksa yang bukan kebiasaan jadi kebiasaan. Yang sudah lalu, biarlah berlalu. Kalau mahu bermesra seperti dulu, memang tidak mungkinlah. Ini kerana saya sudah punya keluarga dan begitu juga dia,” katanya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Buaya Darat itu sentiasa menekankan kepada anak-anaknya untuk terus menghormati dan mendoakan yang terbaik buat ibu bapa mereka.

“Saya mahu mereka menghormati keluarga saya dan begitu juga apabila mereka sendiri sudah berkeluarga nanti. Yang penting jangan saling mengganggu.

“Mereka juga harus sentiasa hormat kami sebagai ibu bapa. Bahkan sewaktu mengerjakan umrah, saya minta mereka doakan kami termasuk Mulan (ibu tiri),” katanya.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat