Malaysia-Brunei Perkukuh Kerjasama Pertahanan – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Malaysia dan Brunei akan memperkukuhkan kerjasama pertahanan dan kepentingan ketenteraan terutama di era COVID-19.

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Malaysia dan Brunei sedia meningkatkan usahasama berkaitan vaksinasi, perubatan dan rawatan.

Jelas Hishammuddin lagi, Diplomasi ketenteraan amat penting dan ia berkait rapat dengan hubungan Malaysia bersama rakan-rakan sekutu.

“Perbincangan kami tertumpu terhadap usaha memperkukuh kerjasama pertahanan dan kepentingan diplomasi ketenteraan terutama di era #COVID19 di mana Malaysia dan Brunei sedia meningkatkan usahasama berkaitan vaksinasi, perubatan dan rawatan.” katanya selepas perbincangan dengan Menteri Pertahanan Brunei Darussalam, TYT Pehin Halbi, melalui panggilan telefon, pagi tadi.

Ujar Hishammuddin lagi, perbincangan itu juga menyentuh mengenai keterlibatan bersama ATM dan RBAF dalam misi MALBATT 850-8 di bawah UNIFIL serta saling menzahirkan penghargaan atas kejayaan Exercise HORNBILL dalam mengukuhkan kesefahaman dan paling penting mengeratkan kerjasama antara tentera laut kedua-dua negara. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat