Khidmat Hj Hadi, Tiong King Seng, Richard Riot Sebagai Duta Khas Diteruskan – PMO

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kerajaan bersetuju untuk terus menyambung khidmat pelantikan Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang, Dato’ Seri Tiong King Seng dan Dato’ Sri Richard Riot sebagai Duta Khas.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Mesyuarat kabinet pertama yang berlangsung pada 1 September 2021 telah bersetuju untuk terus menyambung pelantikan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Dato’ Seri Tiong King Seng sebagai Duta Khas ke China dan Dato’ Sri Richard Riot sebagai Duta Khas ke Asia Timur.

Ketiga-tiga mereka sebelum ini dilantik ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah Bertaraf Menteri pada 2 April 2020.

Abdul Hadi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Univeristi Al-Azhar, Mesir merupakan bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.

Beliau yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Terengganu pada 1999 hingga 2004 disenarai sebagai antara 500 muslim berpengaruh di dunia bagi kategori pendakwah dan pembimbing rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan.

Sementara itu, Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing dilantik sebagai Duta Khas Kepada Perdana Menteri ke Republik Rakyat China bertaraf menteri pada 20 April 2020 berperanan memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Rakyat China, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu pernah berkhidmat sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur pada tahun 2014 hingga 2018.

Dan Richard Riot yang merupakan Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) itu dilantik jawatan itu pada 16 Mei 2020.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat