ATM sedia bantu KKM bina hospital lapangan rawat mangsa COVID-19- Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah bersiap sedia membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membina hospital lapangan dalam usaha merawat mangsa-mangsa COVID-19 selain meningkatkan vaksinasi di kawasan pedalaman.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, langkah tersebut akan mempercepatkan lagi usaha memerangi pandemik memandangkan kes harian yang tinggi di sekurang-kurangnya lima negeri.

Bukan itu sahaja katanya, ia dapat memastikan keseimbangan antara kehidupan dan mata pencarian rakyat ketika negara kini bakal memasuki fasa endemik virus COVID-19.

May be an image of 1 person and text that says "H20 MY HISHAMMUDDIN ATM TINGKATKAN BANTUAN TANGANI COVID-19 DI SELURUH NEGARA. TAMBAH PEMBINAAN HOSPITAL MEDAN DI NEGERI-NEGERI NEGERI- YANG AKAN DIKENAL PASTI KKM SEDIAKAN EBIH BANYAK TIM VAKSINASI ATM NEGERI-NEGERI NEGERI- YANG MEMERLUKAN TERUTAMA KAWA SAN PEDALAMAN YANG SUKAR DICAPAI OLEH PIHAK KKM. PEMBERIAN VAKSIN SECARA PANDULALU KEPADA MASYARAKAT AWAM. LOKASI DITENTUKAN OLEH BADAN BERTINDAK IMUNISASI COVID-19 (CITF). f HishammuddinHussein HISHAMMUDDIN HUSSEIN @HishammuddinH20 @hishammuddinhussein"

“Keberadaan tentera sekarang ini bukan untuk perang dengan sesiapa.

“Jika tentera diperlukan dalam situasi endemik, saya tak fikir ia akan menjadi masalah,” katanya kepada pemberita yang turut disertai Panglima Angkatan Tentera Diraja Malaysia (ATM) Tan Sri Affendi Buang.

Hishammuddin menambah, tentera bersenjata memiliki infrastruktur yang mencukupi, pakar-pakar dan aset yang sedia dimobilisasi pada bila-bila masa.

Katanya, hospital lapangan boleh digunakan untuk merawat pesakit kategori tiga di lima negeri paling terkesan dengan virus itu termasuk Sabah, Johor, Kedah, Penang dan Kelantan.

“Saya percaya bantuan ATM ini akan berupaya mengurangkan beban yang ditanggung oleh KKM di negeri-negeri berkenaan.”

Hishammuddin berkata beliau mengalu-alukan maklum balas daripada orang ramai, mengatakan cadangan-cadangan tersebut akan dibawa ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Tiada sesiapa yang boleh mendabik dada mengatakan mereka mempunyai formula terbaik untuk memerangi COVID-19,” katanya.

Hishammuddin memaklumkan, pasukan vaksinasi tentera juga akan turut dimobilisasi untuk membantu pegawai-pegawai kesihatan untuk masuk ke kawasan-kawasan pedalaman selain melaksanakan rancangan vaksinasi pandu lalu yang baru-baru ini dibenarkan oleh kerajaan.

Dalam pada itu, Affendi berkata pembinaan hospital lapangan boleh dilakukan dalam tempoh dua minggu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,558FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat