Proton Perdana Tersadai Di Garaj Terbiar Di UK Disahkan Milik Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Misteri mengenai penemuan sebuah Proton Perdana dengan nombor pendaftaran VK 5231 yang tersadai di sebuah garaj bawah tanah di United Kingdom (UK) terjawab apabila ia disahkan milik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Memetik laporan MalayMail, baru-baru ini tular video di YouTube, apabila sekumpulan peneroka menemui beberapa kereta mewah, klasik dan kereta lumba Formula 1 dalam sebuah garaj kosong di Surrey.

Turut ditemui Lost Adventures dalam video Secret Underground Facility Hiding Cars Worth Millions (Formula 1 and Prototypes) adalah sebuah Proton Perdana generasi kedua yang masih baru dan bernombor pendaftaran Malaysia.

Semalam, sebuah laman Facebook penyokong Dr Mahathir menjelaskan kereta Proton Perdana berkenaan didaftarkan atas nama pengasas parti Pejuang itu, manakala bangunan terbiar itu adalah Bristol Cars milik Kamal Siddiq, seorang usahawan warga Britain berdarah Pakistan.

Menurut laporon itu lagi, Dr Mahathir membawa Proton Perdana ke UK pada 2016 untuk dijadikan bahan kajian (R&D) bagi mengubahnya menjadi kereta hybrid.

“Sekarang tidak pasti sama ada kereta tersebut telah melalui proses R&D atau tidak dan kereta ini sepatutnya telah dibawa pulang,” kata laporan itu yang memetik kenyataan laman Facebook tersebut.

Turut dikepilkan bukti surat Dr Mahathir kepada kastam untuk mengeksport kenderaan itu bagi tujuan penyelidikan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat