Kemenangan BN-PN bukti usaha memperkukuhkan perpaduan umat dapat sokongan – Abdul Hadi Awang

SEREMBAN – Kemenangan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan semalam adalah satu perkembangan yang amat menggembirakan dan ia adalah bukti usaha memperkukuhkan perpaduan umat terus mendapat sokongan pengundi.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perkembangan baik itu bukan sahaja berlaku di kawasan orang Melayu tetapi juga sokongan meningkat di kawasan bukan Islam.

“Bukan sahaja berlaku kemajuan di kawasan Melayu Islam, bahkan turut menunjukkan peningkatan sokongan di kawasan bukan Islam, sekali gus memberi petanda berlakunya satu perubahan yang besar,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Datuk Seri Abdul Hadi menganggap perjuangan memperkukuhkan umat masih belum selesai dan gelombang kemenangan yang lebih besar akan berlaku di seluruh negara.

“Marilah kita terus memperkukuhkan perpaduan, mengisi amanah yang diberikan oleh rakyat serta meneruskan perjuangan demi menyelamatkan agama, rakyat dan tanah air,” kata beliau.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada semua pihak dalam parti sepanjang perjalanan proses pilihan raya berlangsung sehingga hari mengundi selesai semalam.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh kepimpinan, petugas, sukarelawan, pasukan paramedik serta semua yang telah bertungkus-lumus sepanjang kempen. Semoga segala pengorbanan dan usaha yang dicurahkan diterima sebagai amal sol

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat