Keputusan BN menang di Negeri Sembilan adalah petunjuk nyata rakyat mula tolak Pakatan Harapan

SEREMBAN – Kemenangan berganda Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan semalam adalah petunjuk jelas menunjukkan rakyat sudah gelisah dan mula menolak Pakatan Harapan (PH), demikian kata Exco Pemuda UMNO Malaysia Shah Zanuriman Nuar Paras Khan.

Beliau berkata kemenangan ini dicapai kerana rakyat melihat PH banyak menyentuh tentang-tentang isu-isu sensitif serta kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menangani isu yang berkaitan kepentingan rakyat.

“Datuk Seri Anwar gagal dalam menangani banyak isu besar melibatkan kepentingan rakyat seperti kenaikan harga bahan api dan juga masalah kos sara hidup yang semakin meningkat,” katanya ketika dihubungi Suara TV hari ini.

Menurut beliau, mungkin sukar untuk menyatakan ini juga satu petanda besar jika berlangsungnya Pilihan Raya Umum nanti kerana ia masih terlalu awal untuk BN tetapi ini sudah jelas satu momentum yang baik untuk parti.

“Ini satu perkembangan yang baik untuk BN kembali meraih kepercayaan daripada akar umbi dan juga rakyat,” katanya.

Kemenangan cemerlang BN dalam PRN Negeri Sembilan boleh dianggap sebagai satu ‘signal’ berganda untuk parti tetapi untuk membuat ramalan berkenaan PRU, ia akan bergantung kepada naratif, persepsi dan masa pada ketika itu, ujarnya.

Kerjasama politik berteraskan persefahaman bersama BN dan Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan baharu selepas memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga pada hari mengundi semalam.

Keputusan rasmi yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyaksikan persefahaman BN-PN menyapu bersih 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) keseluruhan, dengan pecahan BN memenangi 18 kerusi dan PN memperolehi tujuh kerusi.

Kejayaan besar ini sekali gus menamatkan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang sekadar menang mempertahankan 11 kerusi, selain menyaksikan beberapa kejutan besar termasuk kekalahan penyandang kerusi tumpuan di negeri tersebut.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun memaklumkan bahawa proses pengundian yang mencatatkan kadar keluar mengundi sebanyak 72.64 peratus itu berjalan dengan lancar, telus, dan aman tanpa sebarang insiden tidak diingini.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat