Johan mula bertugas di Hot FM pagi ini

- Advertisement -

PETALING JAYA: Buat kali pertama, suara pelawak Johan berkumandang di ruang konti Hot FM, pagi ini, selepas diumumkan menyertai stesen radio itu, Sabtu lalu.

Pelawak popular itu mengendalikan segmen Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat bersama dua penyampai lain iaitu Fara Fauzana dan AG.

Kehadiran Johan sebagai gandingan baharu yang melengkapkan trio berkenaan, diumumkan AG pada jam 6.17 pagi tadi.

Johan (tengah) menghangatkan segmen Bekpes Hot dengan telatahnya bersama Fara dan AG. Foto IG Jozlynnhanania
Johan (tengah) menghangatkan segmen Bekpes Hot dengan telatahnya bersama Fara dan AG. Foto IG Jozlynnhanania

 

“Biasanya kami berdua menemani anda, tapi kali ini, kita ada sahabat iaitu Johan untuk sama-sama mengendalikan segmen pagi ini,” kata AG.

Sebagai mukadimah, Johan atau nama penuh Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz, 38, berkongsi pengalaman selepas sah menjadi ahli keluarga stesen radio dengan tagline baharu ‘Yang Hangat dan Terbaik’ itu.

“Selepas diterima menyertai Hot FM, saya perlu hadiri mesyuarat dengan pengurusan dan diberi banyak ‘input’.

“Selain itu, saya hadiri sesi fotografi. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak atas pengalaman baharu ini.

“Saya harap moga saya tak tersasul sebut nama stesen radio lain,” kata Johan sambil disambut gelak ketawa dua rakan gandingannya itu.

Gandingan trio baharu ini menghangatkan slot pagi setiap Isnin hingga Jumaat, antara jam 6 hingga 10 pagi.

Sebelum ini, spekulasi Johan bakal menyertai stesen Hot FM hangat diperkatakan selepas segmen JoHaRa Era yang dikendalikannya, dibubarkan.

Di Lembah Klang, Hot FM boleh didengari melalui frekuensi 97.6FM; Alor Setar dan Pulau Pinang (88.2FM); Ipoh (104.5FM); Johor Bahru dan Singapura (90.1FM); Kuantan (92.4FM); Kota Bharu (105.1FM); Terengganu (105 FM); Kota Kinabalu (87.7FM) dan Kuching (94.3FM).

Hot FM boleh diikuti di Melaka melalui frekuensi (104.3FM); Seremban (99.5FM) dan Taiping (90.5FM).

Sebagai alternatif, ikuti Hot FM secara ‘live streaming’ di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV.

Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976, Twitter @hotfm976 dan Whatsapp 017-302 8822.

Hot FM juga boleh didengar menerusi aplikasi Audio+ yang boleh dimuat turun menerusi Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat