Vaksin Nano mampu lawan varian baharu

- Advertisement -

PETALING JAYA: Kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan perlu bertindak segera bagi meluluskan kemasukan vaksin baharu Nano NC-SARS-Cov-2 I COVID-19 Vaccine.

Ini berikutan sebuah syarikat pengeluar bahan perubatan berpengkalan di Texas, Amerika Syarikat, Nano Cures Inc. telah berjaya menghasilkan sejenis vaksin yang bukan sahaja dapat melawan jangkitan Covid-19 biasa malahan untuk melawan varian-varian baharu seperti Delta.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) A4S Traders, syarikat yang terlibat dalam pengedaran perubatan dan farmasi, Aznol Hanim Sulaiman berkata, pihaknya telah memohon kepada kerajaan Malaysia untuk mendapat kelulusan membawa masuk vaksin berkenaan.

“Diharap kerajaan Malaysia dapat meluluskan secepat mungkin permohonan syarikat bagi membekal vaksin berkenaan agar dapat membantu peningkatan peratus pengambil vaksin dalam kalangan masyarakat di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Ujar beliau, sekiranya mendapat kelulusan, vaksin Nano NC-SARS-Cov-2 I COVID-19 Vaccine dijangka sampai ke negara ini dalam masa empat minggu.

“Buat masa ini vaksin berkenaan telah melepasi ujian peringkat kedua, seperti Astrazeneca dan Pfizer, malah pada ketika ini, vaksin tersebut berjaya melepasi ujian peringkat ketiga dan menunggu kelulusan sepenuhnya daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya.

Menurut Aznol Hanom, dengan penghasilan vaksin baharu ini diharap dapat membantu mempercepatkan peratus pengambilan vaksin seluruh negara dan di negara-negara Asia Pasifik.

“Setakat ini sebanyak lapan buah negara telah meluluskan kegunaan vaksin baharu ini bagi pengambilan rakyat negara masing-masing.

“Malah, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) difahamkan telah menghantar surat pengiktirafan Nano Cures Vaccine tersebut kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melalui email ke Jabatan Perdana Menteri,” ujarnya.

Tambahnya, PBB juga telah membuat pesanan terus pembelian vaksin Nano Cures sebanyak 1.3 billion dos bagi diagihkan kepada negara-negara yang kurang berkemampuan.

“Kerajaan Amerika Syarikat sendiri telah memperuntukkan sebanyak 30 juta dos untuk dihantar kepada Afghanistan.

“Negara Asia lain berpusu-pusu bertanyakan mengenai vaksin baharu ini tetapi mengapa Malaysia masih tidak memberi sebarang respons.

“Adakah kita mahu negara ketinggalan lagi seperti sebelum ini, kerana jelas apabila vaksin ini mula dijual, permintaannya pasti akan banyak dan ketika itu, Malaysia mungkin akan menjadi negara yang terpaksa menunggu bekalan vaksin lagi,” katanya.

– UTUSAN ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat