Ismail Sabri hanya TPM bukan Presiden UMNO atau Pengerusi BN – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diingatkan bahawa beliau hanya seorang Timbalan Predana Menteri bukannya Presiden UMNO mahupun Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO,Datuk Puad Zarkashi mengingatkan Ismail Sabri bahawa dia tidak boleh melangkaui kepemimpinan parti meskipun memegang jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Dalam parti, Ismail Sabri adalah Naib Presiden. Dia bukan Presiden dan bukan Timbalan Presiden. Dia juga bukan Pengerusi BN.

“Dia Timbalan Perdana Menteri. Tetapi itu bukan tiket untuk Ismail Sabri ‘bulldoze’ Presiden UMNO dan Pengerusi BN. Dia perlu dapat persetujuan Presiden UMNO jika babit soal parti,” catat Puad di Facebooknya pada Isnin.

Tambah Puad, hatta untuk buat pertemuan dengan Ahli Parlimen UMNO dan BN, perlu dapat persetujuan dari Pengerusi BN.

“Mana boleh Presiden buat perjumpaan, Naib Presiden pun buat perjumpaan pada tarikh dan waktu yang sama.

“Apatah lagi dalam perkara yang babit soal dasar parti dan keputusan yang sudah dibuat oleh MKT. Jangan ubah keputusan MKT. Tidak boleh ada dua nakhoda. Pecah UMNO,” tegasnya.

Puad bekata demikian mengulas pertemuan Ismail Sabri dengan 40 Ahli Parlimen BN di Parlimen pada Khamis lalu berhubung sokongan untuk mengekalkan kerajaan PN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Setiausaha Eksekutif BN Mohamad Sahfri Ab Aziz kemudian mengeluarkan kenyataan lain yang mengecam kenyataan yang dikatakan oleh Ismail Sabri itu sebagai palsu.

Namun, Ismail Sabri sendiri, bekas setiausaha agung BN, Datuk Seri Nazri Aziz dan Tan Sri Annuar Musa mengesahkan pertemuan itu dan surat sokongan itu juga asli.

Bukan itu saja Puad mebangkitkan persoalan lagi adakah timbalan ketua bahagian UMNO boleh menggunakan kepala surat bahagian untuk penyataan tanpa kebenaran pemimpinnya.

Pada Khamis lalu, berlaku perselisihan mengenai kesahihan kenyataan yang mendakwa hampir semua ahli Parlimen BN menyokong Muhyiddin kekal sebagai perdana menteri.

Kenyataan yang dipertikaikan itu ditandatangani oleh Ismail Sabri, yang mendakwa timbalan perdana menteri itu mempengerusikan mesyuarat yang melibatkan 40 ahli Parlimen BN, yang sebulat suara menyokong kerajaan PN yang diterajui Muhyiddin.

Bagaimanapun, Mohamad Sahfri kemudian mengeluarkan kenyataan lain yang mengecam kenyataan yang dikatakan oleh Ismail Sabri itu sebagai palsu.

Untuk rekod, BN mempunyai 42 ahli parlimen, 38 Umno, dua MCA, satu MIC dan satu PBRS.

Pertikaian mengenai kedudukan Muhyiddin dan PN timbul susulan teguran keras Istana Negara terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Idrus Harun mengenai isu pembatalan ordinan darurat.

Menurut Istana Negara, Agong tidak memberi perkenan pembatalan ordinan darurat dan mendakwa Takiyuddin mengelirukan Dewan Rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat