Sebanyak 21,200,473 dos vaksin Covid-19 sehingga semalam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 21,200,473 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan sejak 24 Februari hingga semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di Twitter berkata, daripada jumlah itu sebanyak 14,247,659 menerima suntikan vaksin dos pertama dan 6,952,814 adalah dos kedua.

“Mengikut peratusan, 43.6 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, sementara 21.3 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka,” menurut JKJAV.

Bagi vaksinasi harian pula sebanyak 480,122 dos diberikan semalam dengan 298,236 adalah pemberian dos pertama manakala 181,886 lagi dos kedua.

-BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,560FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat