Wanita OKU Diberi Bantuan Segera Selepas Kibar Bendera Putih

- Advertisement -

TAMPIN – Seorang orang kelainan upaya (OKU) yang mengibarkan bendera putih di pagar rumahnya di Taman Sentosa Gemas, di sini, tadi diberikan bantuan segera oleh Pemuda UMNO Bahagian Tampin.

Ketuanya, Muhammad Hafez Hezmi berkata, wanita OKU berkenaan tinggal berseorangan dan mula mengibarkan bendera disebabkan sudah kehabisan bekalan makanan keperluan harian.

Menurutnya, wanita berkenaan kini di bawah pemantauan jiran-jiran yang turut sama mengetahui keadaan yang dialami oleh wanita tersebut yang memerlukan bantuan.

“Kami (Pemuda UMNO) akan segera menghulurkan bantuan sekiranya terdapat maklumat rumah di sekitar kawasan Tampin mengibarkan bendera putih. Bendera putih ini salah satu cara individu terkesan untuk memaklumkan kepada orang lain bahawa mereka memerlukan bantuan segera.

“Selain satu kes di Gemas ini, kita juga hulurkan bantuan makanan kepada tujuh sekeluarga di Pekan Tampin yang juga mengibarkan bendera putih di hadapan rumah sewanya sejak pagi tadi,” katanya, di sini, tadi.

Hafez berkata, masih ramai lagi individu yang tidak mengetahui cara memohon bantuan dan sekiranya kempen bendera putih tersebut boleh membantu meluahkan keperluan tersebut, tindakan berkenaan perlu disambut dengan baik.

Menurutnya, sebagai langkah awal dan persediaan, Pemuda UMNO Bahagian Tampin akan menyediakan kira-kira 100 pek makanan keperluan harian esok untuk diagihkan kepada rumah yang mengibarkan bendera putih serta senarai nama yang telah dikesan memerlukan oleh ahli Pemuda. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat