Saya Fokus Laksanakan Tanggungjawab, Patuh Keputusan Parti – Shamsul Anuar

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menerusi catatan di Facebook hari ini memberitahu beliau akan terus fokus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Namun dalam masa yang sama, beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO turut menegaskan akan patuh keputusan parti selagi mana tidak bercanggah dengan prinsip perjuangan.

“Ketika ini saya tetap focus melaksanakan tanggungjawab. Dan prinsip saya kekal.

“Saya tetap patuh dan akur dengan keputusan parti selagi ianya tidak lari daripada ideologi dan prinsip perjuangan UMNO.

“Malah saya tidak bimbang hilang kedudukan. Kerana yang saya takut UMNO hilang sokongan,” katanya.

Terdahulu, portal Utusan dalam laporannya mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan dengan sejumlah ahli MT UMNO bagi membincangkan usul menarik diri dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat.

Pertemuan itu turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan di Pejabat UMNO, kata laporan berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat