Keputusan Tawaran Bagi Kemasukan Ke Tingkatan Enam Diumum Pada 5 Julai Ini

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa
keputusan tawaran bagi kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2021 akan diumumkan pada 5 Julai 2021.

Menerusi kenyataan media KPM, murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2021 mulai 5 hingga 15 Julai 2021 melalui kaedah secara dalam talian menerusi Portal Aplikasi dalam Talian Tingkatan Enam di pautan https://sst6.moe.gov.my/; atau bagi murid lepasan SPM tahun 2020 yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan memaklumkan keputusan tawaran dan membantu proses pendaftaran.

“Bagi murid lepasan SPM 2020 yang memenuhi syarat kemasukan ke Tingkatan Enam tetapi tidak menerima tawaran, permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian di pautan https://sst6.moe.gov.my/.

“Bagi murid lepasan SPM tahun 2020 yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan membantu menguruskan rayuan murid.: kata kenyataan itu.

Tempoh rayuan adalah mulai 5 hingga 15 Julai 2021. Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 akan dimaklumkan pada 20 Julai 2021 melalui portal yang sama. Manakala, bagi murid yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan memaklumkan keputusan permohonan rayuan pada tarikh yang sama.

Sesi pengajian bagi Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021 akan bermula pada 25 Julai 2021 bagi sekolah dalam negeri kumpulan A dan pada 26 Julai 2021 bagi sekolah dalam negeri kumpulan B.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat