Chegu Bard Dakwa Pegawai Pejabat Adun Templer ‘Halau’ Dua Wanita Minta Bantuan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas pemimpin PKR, Badrul Hisham Shahrin menerusi catatan di Facebook hari ini mendakwa seorang pegawai di pejabat khidmat Adun Templer telah menghalau dua orang wanita yang datang memohon bantuan.

Badrul yang juga dikenali sebagai Chegu Bard berkata, beliau menghubungi salah seorang wanita tersebut setelah dimaklumkan rakannya, bagi mendapatkan pengesahan disamping berusaha mendapatkan bantuan untuk mereka.

“Dapat panggilan dari seorang kawan bagi tahu ada dua orang kakak “dihalau” dari pejabat ADUN Templer… saya hubungi kakak ni.

“Ceritanya dia duduk di dalam Kawasan DUN Sg Tua dan seorang lagi duduk di kawasan DUN Templer (bersebelahan). Mereka dapat tahu dari group whats app yang Pejabat ADUN Templer jemput orang ramai yang memerlukan ambil bakul makanan.

“Dia bekerja sebagai tukang urut wanita seperti bersalin dan sebagainya. Kerana PKP dia tak bekerja lama. Ada anak 2 orang dengan salah seorang adalah OKU dan suaminya bekerja sebagai tukang paip juga sudah lama tak ada kerja.

“Seorang kakak lagi pekerja am hilang pekerjaan kerana PKP dengan anak seorang tingkatan 3.

“Memang mereka susah. Bila tahu ADUN Templer ada nak bagi bakul makanan mereka pun pergi. Malangnya bila lepas menunggu dan beratur, pegawai yang menguruskan bagi tahu mereka cuma bantu yang daftar undi di Templer.

“Dia tanya yang datang naik kereta mewah pun dapat bakul makanan takkan dia yang susah tak dapat. Dengan nada kuat pegawai itu cakap cuma untuk pengundi dan dengan kasar suruh mereka balik cari YB yang mereka undi,” kata Chegu Bard.

Menurut Chegu Bard, beliau telah menghubungi pegawai Adun Gombak bagi membantu kedua-dua wanita berkenaan.

“Bila tiba di rumah dia tadi tengok rumah sewa sempit dan TV pun tak ada .. dia cerita dengan sedih… kalau akak mampu akak pun tak meminta… bergenang air mata dia.

“T.kasih buat sdr. Azhari, Pegawai YB Hilman dari Gombak Setia yang hanya kurang sejam saya call (sebaik sahaja tahu kisah kakak ini) turun sama membantu. Kami sampaikan beras, telur, ikan, ayam, minyak, susu, gula dan bbrp bahan makanan lain.

“InsyaAllah Sdr. Azhari selepas itu jemput dua kakak ini untuk ke pejabat Gombak Setia.

“Katanya walaupun bukan pengundi tapi ini soal kemanusiaan. Sdr. Azhari akan bantu akak ini untuk akses apa apa bantuan yang layak yang tersedia.

“Saya bukan orang senang.. saya juga hingga kini tak mampu beli rumah hanya duduk rumah sewa.. tapi didikan Almarhum huru saya, Ust Hj Ishak Itam … bila tengok orang susah jangan ingat mereka susah itu dalam ujian… sebaliknya kita yang sedang diuji sejauh mana keikhlasan kita membantu semampu adanya….

“Kepada semua ahli politik sudah sudahlah berpolitik. PM bagi bantuan RM300,000 terus kepada semua ahli parlimen tak kira pembangkang atau kerajaan untuk bantu semua yang memerlukan. Jangan di bawah kita rumitkan keadaan… ketepikan politik kepartian.. bantu rakyat akses perbagai bantuan yang diumumkan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat