SPRM Tahan Pegawai Imigresen Minta Suapan RM3000

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini menahan seorang pegawai imigresen kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM3,000.

Lelaki berumur lingkungan 40-an itu ditahan di pejabat SPRM Selangor di Shah Alam kira-kira jam 2 petang ketika hadir bagi memberikan keterangan.

Menurut sumber SPRM, suspek yang bertugas di Pejabat Imigresen Putrajaya itu disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang individu bagi meluluskan pelanjutan permit pekerja asingnya yang tamat tempoh.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk permohonan reman.

Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim, ketika dihubungi, mengesahkan penahanan tersebut.

Topik Hangat

Yayasan Bank Rakyat Taja Program Tuisyen Kepada 13,212 Pelajar Pada Tahun 2020

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) telah memperuntukkan hampir RM550,00 untuk 253 Program Tuisyen Rakyat sepanjang tahun 2020 di seluruh negara walaupun ketika pandemik Covid-19, menurut...

Zahid didakwa guna kuasa veto ketika mesyuarat MT UMNO

CYBERJAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan kuasa vetonya selaku Presiden UMNO ketika majoriti anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu Jumaat lepas, lapor Astro...

Singkir Tajuddin jadi pengarah pilihan raya, desak pimpinan UMNO – Laporan

KUALA LUMPUR – Ura-ura mengatakan ramai pimpinan UMNO “tidak senang” dengan sikap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai pengarah pilihan...

Berita Berkaitan

Warisan Mungkin Beralih Kepada BN, Tak Kerjasama Dengan Parti Mahathir – Penganalisis

KOTA KINABALU - Warisan, yang memerintah Sabah sebagai negeri pembangkang selepas pilihan raya umum lalu, mungkin akan beralih kepada parti dan gabungan lain berbanding...

PKPB Di Sarawak Dilanjutkan Hingga 15 Mac Depan

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dilaksanakan di seluruh Sarawak akan dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 15 Mac depan, kata...

Polis Tahan Seorang Penjenayah ‘Berani Mati’

PETALING JAYA – Dua anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar sebuah kereta jenis Proton Waja yang dinaiki dua lelaki selepas...