Bekas Kapten Kelantan Rayu Annuar Musa Campur Tangan Bantu Selamatkan KAFA

KWSP Umum 8 Juta Pencarum Dalam Dua Kategori Layak Mohon i-Sinar

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dua kategori membabitkan lapan juta ahlinya yang layak memohon skim i-Sinar. KWSP dalam satu kenyataan hari...

Kerajaan Pahang Nafi Laksana PKPD Di Kuantan, Pekan dan Bentong

KUANTAN - Kerajaan Pahang menafikan ada perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Kuantan, Pekan dan Bentong susulan satu kes positif Covid-19...

i-Sinar Dibuka Kepada Semua Ahli Yang Terjejas Mengikut Kriteria Kelayakan

KUALA LUMPUR : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin mengumumkan kriteria dan butiran kemudahan i-Sinar yang kini dibuka kepada sehingga 8 juta ahli yang...

RUU Perbekalan Belanjawan 2021 Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli Lulus

CYBERJAYA: Dewan Rakyat sebentar tadi meluluskan satu lagi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli berjumlah RM2.1 bilion. Pada sesi...

PKPB dilanjutkan atau sebaliknya, pakar berbeza pandangan

KUALA LUMPUR: Pakar kesihatan awam berbeza pandangan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri yang akan berakhir 6 Disember ini, wajar...

KUALA LUMPUR – Jika ditanya siapa yang layak memimpin Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), individu berkenaan adalah Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berdasarkan kepada pencapaian dan komitmen hingga berjaya membawa Kelantan mencipta kejayaan.

Bekas kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi (Piya) berkata, pemimpin itu adalah individu paling sesuai untuk menyelamatkan Kafa dan bola sepak negeri itu supaya tidak hilang daripada radar Liga Malaysia (Liga M) seperti Perlis.

Malah, katanya, wibawa Annuar terbukti apabila rekod menunjukkan kali terakhir Kelantan menjulang piala adalah ketika Annuar memimpin pasukan terbabit kira-kira lapan tahun lalu.

Dia yang mesra dipanggil Piya berkata, antara kejayaan pada zaman kegemilangan skuad ‘The Red Warriors’ di bawah pimpinan Annuar ialah memenangi treble pada 2012 iaitu muncul sebagai juara Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA.

“Ketika ini saya hanya melihat Tan Sri saja boleh membantu Kelantan untuk keluar daripada kemelut masalah terbabit dan menyelamatkan pasukan itu supaya tidak dikenakan sebarang tindakan.

“Saya ada juga berbincang mengenai masalah yang dihadapi Kafa bersama bekas pemain lain dan kebimbangan adalah mungkin pasukan itu akan menerima nasib sama seperti Perlis.

“Sekarang ini, apa yang penting adalah melakukan ‘pembersihan’ dalam Kafa dengan melantik individu yang ikhlas untuk membangunkan pasukan itu,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Kafa ditimpa pelbagai masalah iaitu menanggung hutang mencecah RM5 juta selain gagal membayar gaji pemain sejak April lalu sekali gus boleh dikatakan hanya selangkah menerima nasib seperti Perlis dua tahun lalu.

Persatuan itu turut diarahkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) supaya membayar tunggakan gaji tiga bekas pemain import berjumlah kira-kira RM1 juta, selain dibebani lima kes sama yang belum diputuskan Fifa.

Masalah yang dihadapi skuad Che Siti Wan Kembang itu sebenarnya tidak hanya terhenti di situ saja, malah merehatkan presidennya, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan timbalannya, Datuk Seri Afandi Hamzah buat sementara waktu bagi menyelesaikan kemelut yang melanda badan induk bola sepak negeri itu.

Jawatankuasa eksekutif Kafa turut bersetuju melantik naib presidennya, Datuk Shaari Mat Husin bagi memangku jawatan presiden.

Senario yang dihadapi badan induk bola sepak negeri itu boleh dikatakan dalam keadaan ‘nazak’ seterusnya memerlukan individu berkaliber memgembalikan kegemilangan pasukan terbabit seperti dulu.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

KWSP Umum 8 Juta Pencarum Dalam Dua Kategori Layak Mohon i-Sinar

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dua kategori membabitkan lapan juta ahlinya yang layak memohon skim i-Sinar. KWSP dalam satu kenyataan hari...

Kerajaan Pahang Nafi Laksana PKPD Di Kuantan, Pekan dan Bentong

KUANTAN - Kerajaan Pahang menafikan ada perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Kuantan, Pekan dan Bentong susulan satu kes positif Covid-19...

Ubat Punca Maradona Meninggal Dunia

BUERNOS AIRES: Diego Maradona diberikan koktel dadah termasuk antikemurungan dan antipsikotik yang digunakan untuk merawat penyakit bipolar. Ia didapati selepas serbuan yang dilakukan polis Argentina...