Video pendek nilai murni

- Advertisement -

Rakyat Malaysia lazimnya dikenali memiliki budi bahasa yang tinggi serta mempunyai sikap bantu-membantu sesama sendiri.

Bagaimanapun, disebabkan peredaran masa dan proses modenisasi yang berlaku, sifat mulia yang dipupuk sejak zaman-berzaman itu didapati semakin terhapus.

Ini dibuktikan apabila kita dapat melihat generasi baharu atau golongan muda semakin rancak mengecam pelbagai pihak termasuk pemimpin negara dan kelompok artis.

Bukan mustahil ia kekal menjadi budaya, jika tidak dibendung dan ditangani sebaik mungkin mulai sekarang.

Justeru, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) kini menganjurkan Pertandingan Video Pendek Seni Budaya dan Nilai-nilai Murni.

Ketua Pengarah JKKN, Mesran Mohd Yusop berkata, antara objektif penganjuran pertandingan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap seni budaya dan amalan nilai murni dalam masyarakat.

“Selain itu, ia juga menerapkan kefahaman amalan nilai murni yang menjadi budaya dalam diri rakyat Malaysia termasuk, mengekalkan satu bangsa yang mempunyai identiti jati diri unggul.

 

 POSTER berkenaan pertandingan.
POSTER berkenaan pertandingan.

 

“Kempen dalam memupuk kesedaran mengenai nilai murni ini sangat penting kerana masyarakat hari ini sudah mula melupakannya.

“Semoga dengan adanya pertandingan ini, dapat meningkatkan usaha dan menerapkan amalan nilai murni dalam jati diri masyarakat kita pada hari ini dan akan datang,” katanya.

Menurutnya, pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dengan syarat ditetapkan ialah penghasilan video berkonsepkan sketsa dan menepati lima tema yang dipertandingkan pada setiap bulan.

“Pada Mei lalu, kami tampilkan tema Hormat Menghormati. Tempoh penyertaan bermula pada 1 Mei lalu sehingga kelmarin dan tarikh tutup penyertaan adalah 1 Jun (semalam).

“Ia seterusnya disusuli untuk bulan kedua (Jun) dengan tema Adab bermula 1 hingga 30 Jun ini. Manakala, tarikh tutupnya pada 1 Julai depan.

 

MESRAN
MESRAN

 

“Pemenang untuk setiap tema akan memenangi wang tunai RM3,000 dan bagi pemenang Video Pilihan Juri bakal memenangi wang tunai RM500,” katanya.

Sehubungan itu, pengumuman mengenai tema pertandingan pada setiap bulan dimaklumkan menerusi akaun media sosial rasmi JKKN. Malah, untuk nama pemenang pula diumumkan pada Oktober depan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat