Tok Mat Sumbang Enam Bulan Gaji dan Elaun Bantu Penduduk DUN Rantau

- Advertisement -

SEREMBAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyumbangkan gaji dan elaunnya selama enam bulan bagi membantu penduduk terjejas dengan penularan Covid-19 di DUN tersebut.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, sehubungan itu, beliau akan menulis surat kepada pihak kerajaan Negeri Sembilan supaya gaji dan elaunnya dimasukkan ke dalam akaun yang lain, khusus membantu masyarakat di DUN yang diwakilinya itu.

“Saya akan menulis surat kepada pejabat protokol Negeri Sembilan dan meminta agar gaji dan elaun saya dikreditkan ke akaun lain yang telah dibentuk bagi membantu masyarakat di Rantau.

“Menjadi harapan saya bahawa sumbangan ini akan dapat membantu mereka yang terjejas teruk dengan wabak ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad menambah, pusat khidmatnya juga akan terus memberi bantuan kepada mana-mana individu lain yang memerlukan di Rantau.

Semalam, menerusi kenyataan, Mohamad memberikan pandangan bahawa Menteri dan Timbalan Menteri juga perlu bukan hanya tidak mengambil gaji selama tiga bulan tetapi juga elaun dan imbuhan lain yang diterima mereka.

Jelas beliau, dalam keadaan negara ketika ini yang menghadapi saat krisis yang genting, jemaah menteri perlu menunjukkan kepemimpinan menerusi teladan. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat