Polis Tahan 8 Lelaki Merusuh Guna Senjata

- Advertisement -

KLANG – Polis menahan lapan lelaki disyaki menyerang satu keluarga menggunakan senjata di hadapan sebuah rumah di Jalan Sungai Jati, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata kejadian yang tular di media sosial itu terjadi apabila adik mangsa menegur suspek kerana memandu laju di kawasan perumahan berkenaan jam 7 malam tadi.

“Polis Klang Selatan mengesahkan menerima satu laporan polis semalam berhubung kejadian sekumpulan lelaki menyerang mangsa dan keluarga dengan menggunakan kayu dan topi keledar serta membaling batu dan botol kaca ke dalam rumahnya.

“Susulan laporan polis yang dibuat, polis menahan lima suspek di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan manakala tiga suspek ditahan di tempat kejadian di antara jam 9 hingga 10 malam tadi.

“Polis juga merampas sebuah motosikal, sebuah kereta serta dua topi keledar bewarna biru,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shamsul Amar berkata, semua suspek yang ditahan mengaku terbabit dengan kes berkenaan seperti yang tular di media sosial.

“Semua suspek yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu direman antara dua hingga tiga hari.

“Tiga daripada lapan suspek mempunyai rekod jenayah lampau yang mana seorang suspek mempunyai 13 rekod lampau (semua jenayah), seorang suspek dengan dua rekod lampau (dadah) dan seorang lagi, satu rekod lampau (jenayah).

“Siasatan juga mendapati, dua suspek yang ditahan di tempat kejadian mempunyai hubungan adik beradik.

“Siasatan masih diteruskan. Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, mangsa, 37 tahun yang tidak mengenali semua suspek cedera ringan.

“Mangsa luka pada kaki kiri manakala adiknya cedera pada muka. Cedera ringan sahaja,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial kekecohan sekumpulan lelaki bergaduh menggunakan kayu dan topi keledar di hadapan sebuah rumah di taman perumahan. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat