Corona Belum Reda, Ebola Mula Menggila

- Advertisement -

CONGO: Lima dari 9 orang yang dijangkiti, dilaporkan telah mati akibat dari wabak Ebola terbaru yang dikesan berlaku di Congo, lapor CNN.

Antara yang menjadi mangsa ialah seorang gadis berusia 15 tahun dan bayi berusia 1 tahun.

Benua Afrika sudah terbeban dengan pelbagai jenis wabak penyakit berjangkit selain Ebola, seperti malaria, polio, taun dan terbaru, Coronavirus – semuanya berlaku pada masa yang sama.

Sama seperti Coronavirus, Ebola juga berkongsi asal usul haiwan yang serupa – kelawar.

Kematian akibat Ebola bagaimanapun disebut sebagai cara kematian yang sangat dahsyat dimana mangsanya akan mengalami pendarahan yang teruk di seluruh bahagian badan. Peratusan kematian akibat Ebola juga adalah jauh lebih tinggi.

Antara perbezaan Ebola dengan Covid-19, Ebola merebak melalui sentuhan langsung dan pemindahan cecair badan dengan penghidapnya yang telah mula menunjukkan simptom sedangkan Covid-19 boleh mula berjangkit, sekalipun penghidapnya tidak menunjukkan bsebarang simptom – CNN

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat