Hasilkan Homemade Pearls Dengan 5 Bahan Saja Menggunakan Resepi Ringkas Ini. Chewy Betul!

- Advertisement -

Orang Asia dengan Bubble Milk Tea memang berpisah tiada. Kebelakangan ini, banyak gerai bubble tea beroperasi di merata tempat bagaikan cendawan liar.

Tiap-tiap hari minum bubble milk tea pun tak jelak, kerana semuanya sedap!

Image from Tenor

Image via Tenor

Kami pun mula tertanya-tanya bagaimana hendak membuat pearls sendiri di rumah. Rupa-rupanya senang sahaja. Black pearls ini nampak je susah nak buat, tetapi senang sangat sebenarnya kerana hanya menggunakan 5 bahan asas sahaja!

Menggunakan resepi kami, anda akan dapat menghasilkan pearls yang sangat chewy, bertekstur kenyal-kenyal apabila dinikmati bersama minuman kegemaran anda seperti teh ais dan juga kopi ais. Nak minum bersama sirap bandung pun boleh!

Anda boleh membuat homemade pearls ini sebagai aktiviti keluarga bersama kanak-kanak pada hujung minggu. Pasti seronok!

Tonton video di bawah untuk mengetahui cara untuk membuat homemade boba pearls dengan ringkas sekali:

RESEPI PENUH

Image from Seismik Makan

Image via Seismik Makan

Saiz hidangan: Menyajikan 4-5 orang.
Masa penyediaan: 1 1/2 jam.

Bahan-bahan

resepi bubble tea boba pearls

Image via Seismik Makan

  • 1 cawan gula perang
  • 1/2 cawan air
  • 2 cawan tepung ubi kayu
  • 1/2 sudu kecil pewarna hitam
  • 2 helai daun pandan
homemade boba pearls Seismik Makan

Image via Seismik Makan

Cara

1. Dalam satu periuk, larutkan 1/2 cawan gula perang bersama 1/2 cawan air.
2. Masukkan tepung ubi kayu sedikit demi sedikit sehingga adunan dicampur dengan sebati. Keluarkan adunan ke atas permukaan yang bersih dan sejuk.

Homemade boba pearls recipe Seismik Makan

Image via Seismik Makan

3. Masukkan 1/2 sudu kecil pewarna hitam. Uli doh sehingga warna hitam menjadi sekata dah doh tidak melekat.
4. Bulatkan doh menjati sfera bersaiz kecil.
homemade boba pearls recipe Seismik Makan

Image via Seismik Makan

5. Dalam periuk lain, renehkan air bersama 2 helai daun pandan dan 1/2 cawan gula perang. Masukkan pearls dan rebus selama 45 minit ataupun sehingga pearls telah menjadi chewy .
6. Rendamkan pearls yang telah masak ke dalam air sejuk. Homemade Boba Pearls anda telahpun siap! 
homemade boba pearls recipe

Image via Seismik Makan

RESEPI MILK TEA

resepi bubble tea sedap

Image via Seismik Makan

Bahan-bahan

  • 1/4 cawan boba pearls
  • 1 cawan ais 
  • 1 cawan teh O’ ais (tambah gula)
  • 1/2 cawan susu segar

Cara

1. Dalam cawan, masukkan 1/4 cawan boba pearls, 1 cawan ais3/4 cawan teh O’ ais dan juga 1/2 cawan susu segar. kacau. 
2. Bubble Milk Tea
 sudahpun siap untuk dinikmati! 
Homemade Milk Tea Boba Pearls Seismik Makan

Image via Seismik Makan

SELAMAT MENCUBA!

homemade boba

Image via Seismik Makan

Jangan lupa untuk tag #seismikmakan pada gambar-gambar masakan anda di media sosial!

resepi simple bubble tea
Sumber: Says.com
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat