Kegagalan Trump Mengurus Covid-19, Diburuk Lagi Dengan Keganasan Polis Terhadap Golongan Kulit Hitam

- Advertisement -

WASHINGTON: Kegagalan Presiden Donald Trump menguruskan krisis Covid-19 yang setakat ini telah menyebabkan kematian lebih 100 ribu orang di negara berkenaan, kini diburukkan lagi dengan protes besar-besaran atas keganasan polis terhadap golongan berulit hitam lanjutan kematian George Floyd di Minnesota.

Protes aman besar-besaran, kadangkala bertukar ganas, mula berlaku di lebih separuh dari keseluruhan 50 negeri dalam negara tersebut, tidak terkecuali ibu negaranya – Washington.

Trump pula tidak membantu apabila mengeluarkan banyak kenyataan mengelirukan antara membantah kegasanan polis terhadap golongan minoriti di negara itu, dengan tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan protes besar-besaran.

Begitu banyak kenyataan Trump yang tidak membantu meredekan keadaan sejak protes besar-besaran itu meletus, sehingga Datuk Bandar Atlanta, Keisha Lance Bottom semalam meminta Trump agar “menutup mulutnya”

Selain semua di atas, tindakan keras polis terhadap penunjuk perasaan dan wartawan yang membuat liputan juga, tidak banyak membantu – AlJazeera.

(Ulasan editor: Menariknya Amerika sentiasa mendakwa negara itu adalah sebuah negara bebas dan berada banyak tapak di hadapan dari segi keadilan dalam hak asasi manusia bila hakikatnya sangat bertentangan dengan dakwaan itu).

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat