HKL perjelaskan isu kesesakan di Klinik Pakar Oftalmologi

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Klinik Klinik Pakar Oftalmologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) merupakan pusat rujukan utama yang mengendalikan kes-kes mata termasuk yang kompleks, dengan sekitar 480 temu janji pesakit sehari serta purata 70 kes rujukan baharu, kata Pengarah HKL, Dato ‘ Dr. Harikrishna K.R. Nair.

Dr. Harikrishna berkata HKL memandang serius terhadap perkongsian di media
sosial berhubung pengalaman pesakit di Klinik Pakar Oftalmologi pada 27 April lalu dan menghargai keprihatinan masyarakat mengenai isu ini.

Beliau berkata bagi memastikan aliran perkhidmatan lebih teratur, sistem temu janji berperingkat telah dilaksanakan.

“Sekiranya pesakit hadir mengikut slot yang ditetapkan, purata masa menunggu selepas pendaftaran adalah sekitar 30 hingga 45 minit, sebelum menjalani prosedur lanjut seperti pemeriksaan dan
pengembangan anak mata (dilate).

“Keseluruhan tempoh rawatan boleh mengambil masa antara 4 hingga 6 jam bergantung kepada keperluan klinikal, ”katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, seiring dengan usaha menambah baik pengalaman pesakit, beberapa langkah telah dan sedang diambil bagi memperbaiki keadaan semasa.

Antaranya, pengoperasian klinik secara berterusan termasuk waktu tengah hari melalui sistem penggiliran petugas. Selain itu,
pengoptimuman penjadualan temu janji berperingkat serta penambahbaikan aliran pesakit di klinik bagi mengurangkan kesesakan.

Ujarnya, HKL juga ingin memohon kerjasama semua pesakit untuk mematuhi waktu temu janji yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran perkhidmatan dan keselesaan bersama.

Pihak pengurusan HKL komited untuk terus menambah baik mutu penyampaian perkhidmatan dan amat menghargai setiap maklum balas yang diterima,”ujarnya lagi. – SuaraTV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat