Peruntukan RM372.845 Juta Untuk Pelan Pemulihan Usahawan – MEDAC

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui agensinya TEKUN telah mewujudkan permohonan secara atas talian untuk Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro (CBRM).

Sehingga  30 April 2020, jumlah permohonan yang diterima adalah  sebanyak 17,845 permohonan yang diterima, manakala sebanyak 5,684 telah diluluskan dengan jumlah RM 47.6 Juta.

Dalam satu kenyataan hari ini, melalui menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, MEDAC juga memperkenalkan Pelan Pemulihan Usahawan Pasca Covid-19 yang bertujuan memastikan kelestarian serta pemulihan operasi perniagaan usahawan yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Pelan ini akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa pertama bermula pada bulan Mei 2020 hingga bulan Disember 2020, manakala fasa kedua pula bermula pada bulan Januari 2021 hingga bulan Mei 2021 dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM 372.845 juta.

Sebagai inisiatif untuk membantu usahawan pada masa ini, MEDAC menerusi agensi dibawahnya juga sedang dan telah mengambil dan melaksanakan langkah-langkah  berikut sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan :

  • Penyediaan Pembiayaan dengan anggaran peruntukan berjumlah RM 786.5 juta oleh Bank Rakyat, SME Bank, TEKUN Nasional (TEKUN) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kepada 4,133 penerima manfaat yang terdiri daripada individu, usahawan dan Koperasi;
  • Penangguhan Bayaran Balik pembiayaan oleh TEKUN kepada 209,479 usahawan berjumlah RM 324 juta;
  • Penjadualan Semula Pinjaman Pembiayaan Oleh TEKUN untuk 1,000 orang usahawan mikro dengan kos berjumlah RM 10 juta;
  • Moratorium Oleh Semua Agensi Di Bawah Kementerian untuk 3,119,570 penerima manfaat dengan kos berjumlah RM 13.14 bilion;
  • Penangguhan Bayaran Balik Pembiayaan Tabung Model Pusingan (TMP-JPK) Oleh SKM kepada 1,000 koperasi berjumlah RM 99 juta;
  • Pembiayaan Menerusi TMP-JPK Sehingga RM50 ribu Tanpa Cagaran dengan grace period selama 6 bulan dengan peruntukan sebanyak RM 15 juta;
  • Penangguhan Bayaran Balik Pembiayaan Individu Oleh Koperasi Perbankan untuk sebanyak 1,254,339 koperasi dengan kos berjumlah RM 5.67 bilion;
  • Pinjaman Dana Likuiditi Pusat (CLF) dengan jumlah minimum permohonan dana RM 500 ribu dengan tempoh pinjaman selama 1 tahun bagi Koperasi yang menghadapi masalah kewangan
  • Pengurangan Caruman Kumpulan Wang Rizab Statutori Daripada 15% Kepada 8% daripada untung bersih berjumlah RM 333 juta;
  • Penangguhan Pendepositan Ke Akaun Deposit Koperasi (ADK) kepada semua koperasi bernilai RM 571 juta;
  • Pengecualian/Pengurangan Sewa Bangunan *Milik Uda* Dengan Anggaran Kos RM 12.4 Juta yang akan memberi manfaat kepada 1,828 orang usahawan;
  • Latihan Keusahawanan/Perniagaan Atas Talian Dengan Anggaran Peruntukan Berjumlah RM0.6 Juta yang akan memanfaatkan 82,717 orang usahawan;
  • Memberi Kelulusan Bersyarat Pendaftaran Sijil Taraf Bumiputera Kepada 705 Kontraktor Bumiputera;
  • Pelaksanaan 6 program berimpak tinggi melibatkan anggaran kos pelaksanaan berjumlah RM 15,585,000 dan memberi manfaat kepada 6,000 orang yang terdiri daripada graduan, bakal usahawan, usahawan, koperasi dan startups termasuk masyarakat umum.

Selain pengumuman bantuan tersebut, Wan Junaidi turut mengingatkan kumpulan usahawan PKS dan Mikro agar perlu mempersiapkan diri bagi menghadapi senario perniagaan yang berbeza khususnya selepas tamat tempoh PKP. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat