Menteri Kewangan Saran Bank Lupus Kadar Faedah Sepanjang Tempoh Moratorium

Jika KM Daripada Bersatu, BN Wajar Mengadap Agong Bubar Parlimen

Kuala Lumpur - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sewajarnya menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya Ketua Menteri Sabah baharu dilantik daripada...

Warisan Didakwa Tawar ADUN PBS Duit, Jawatan Untuk Lompat

Kota Kinabalu - Parti Bersatu Sabah (PBS) mendakwa Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan bekas ketua menteri, Datuk Seri Shafie Afdal cuba bermain politik kotor. PBS...

#PRNSabah : Beberapa ADUN Warisan Dijangka Akan Lompat Parti Sertai GRS

Kota Kinabalu - Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Warisan Sabah (Warisan) di katakan akan melompat untuk menyertai kerajaan negeri pimpinan Gabungan...

Gabungan Parti Peroleh Kerusi Terbanyak Adalah Sah – Rahman Dahlan

KOTA KINABALU- Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa gabungan parti yang memenangi lebih dari 50 peratus kerusi layak membentuk kerajaan...

#PRNSabah : TYT Dijangka Umum Bakal Ketua Menteri Esok

Kota Kinabalu - Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di katakan bakal mengumumkan perlantikan Ketua Menteri yang baharu esok. Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha UMNO,...

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, hari ini menyarankan agar semua institusi kewangan khususnya yang terlibat dalam moratorium untuk mempertimbang bagi melupuskan kadar faedah terakru (bagi pinjaman sewa beli) atau keuntungan (bagi pembiayaan Islam berkadar tetap) sepanjang tempoh enam bulan skim tersebut.

Sehubungan itu, beliau berkata Kementerian Kewangan sedia untuk bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan sektor perbankan bagi memastikan pelaksanaan saranan itu.

Kenyataan beliau itu dibuat berikutan timbulnya kekeliruan umum mengenai kadar faedah atau keuntungan yang dikenakan berkaitan skim moratorium atau penangguhan bayaran balik pinjaman sewa beli yang ditawarkan oleh institusi kewangan.

“Antara punca kekeliruan ini disebabkan pelbagai sumber yang membawa maklumat kurang tepat,” katanya menerusi catatan terbaharunya di laman Facebook beliau, hari ini.

Susulan itu, pihak BNM pada 1 Mei, 2020 menerusi laman sesawangnya telah menyiarkan kenyataan ‘Soalan Lazim (FAQs) Mengenai Pengendalian Moratorium bagi Pinjaman Sewa Beli dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap’ yang telah dikemaskini.

Tengku Zafrul menjelaskan di bawah Akta Bank Negara 2009, isu mengenai moratorium berada di bawah bidang kuasa BNM dan bank pusat itu juga telah mengadakan sidang media untuk menjelaskan kekeliruan yang dihadapi peminjam.

“Sejak kebelakangan ini, media massa dan netizen banyak menimbulkan persoalan mengenai isu ini. Untuk makluman, memang terdapat bank yang menawarkan moratorium pinjaman tanpa mengenakan faedah terakru atau faedah dikompaun atas pinjaman.

“Namun ia tidaklah merangkumi semua produk pinjaman…setiap bank pula ambil pendekatan tersendiri dalam hal mengenakan faedah sewaktu tempoh moratorium,” katanya.

Sehubungan itu, katanya Kementerian Kewangan telah memulakan langkah proaktif mencari penyelesaian kemelut ini melalui perbincangan bersama BNM dan bank-bank untuk membuat keputusan yang tepat mengikut keperluan rakyat.

Malah, tegas beliau, kerajaan sentiasa peka terhadap cetusan hati nurani rakyat, terutamanya golongan B40 dan M40 serta mengambil berat mengenai perkara itu.

“Dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar disebabkan oleh wabak COVID-19, saya amat berharap pandangan (mengenai saranan) ini dapat diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh BNM dan juga institusi-institusi kewangan dalam negara.

“Saya yakin langkah ini akan dapat memberi impak positif kepada rakyat kita,” tambahnya. – BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Gabungan Parti Peroleh Kerusi Terbanyak Adalah Sah – Rahman Dahlan

KOTA KINABALU- Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa gabungan parti yang memenangi lebih dari 50 peratus kerusi layak membentuk kerajaan...

GRS Menang PRN Sabah Petanda Baik Jika Mahu Bubar Parlimen – PAS

CYBERJAYA - PAS melihat kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada BN, PN dan PBS dalam PRN Sabah semalam sebagai petanda baik jika kerajaan...

Mahathir Kecewa Warisan Kalah, Tetap Namakan Shafie Apdal Calon PM

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa dengan kekalahan Warisan dan sekutunya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam. Dr...