Trump Gelar Penunjuk Perasaan Bersenjata Sebagai ‘Very Good People’

- Advertisement -

MICHIGAN – Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Jumaat lepas menyuarakan sokongannya terhadap penunjuk perasaan yang lengkap bersenjata api di Michigan.

Tunjuk perasaan yang berlansung di bandar utama Michigan itu menuntut agar Gabenor Gretchen Whitmer menarik balik arahan perintah berkurung akibat wabak Covid-19 di wilayah berkenaan.

Media tempatan melaporkan puluhan penunjuk perasaan memasuki lobi bangunan di Lansing sambil menuntut untuk dibenarkan masuk ke dalam ruang Dewan Perwakilan Michigan.

Walau bagaimanapun, polis tempatan menyekat mereka daripada memasuki ruang tersebut, yang ditutup untuk orang ramai yang juga dikhaskan kepada wakil rakyat dan pihak media.

Demonstrasi itu, yang juga turut digelar sebagai demonstrasi ‘American Patriot Rally’, dianjurkan oleh sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Kesatuan Michigan Untuk Pembebasan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat