RoS lulus pindaan perlembagaan Bersatu, 6+1 jahanam jangan lari – Razali

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) didakwa telah meluluskan pindaan perlembagaan parti Bersatu berhubung pelucutan keahlian bagi ahli Parlimen yang menyokong pihak lawan.

Ketua Penerangan Bersatu, Senator Datuk Razali Idris mengingatkan ahli-ahli Parlimen Bersatu yang berpaling tadah bahawa mereka tidak akan terlepas memandangkan pindaan perlembagaan telah diluluskan.

“Berita baik, RoS telah meluluskan pindaan perlembagaan Bersatu yang telah diputuskan dalam Perhimpunan Agong Khas baru-baru ini.

“6+1 jahanam jangan lari! tegas Razali.

Untuk rekod, pindaan berkenaan melibatkan tambahan tiga perkara baharu dalam Fasal 10 Perlembagaan Bersatu berkaitan keahlian ahli parti yang menyokong pihak lawan akan terhenti selepas pindaan Perlembagaan itu diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Enam ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Datuk Seri Anwar ialah Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Manakala satu yang dimaksudkan ialah ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari juga telah mengisytiharkan sokongan kepada kepemimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Justeru, susulan pindaan terhadap Perkara 10 Perlembagaan Bersatu pada 2 Mac lalu, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang yang disandang Abdul Rashid perlu dikosongkan, sama seperti situasi enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini.

Razali sebelum ini juga pernah berkata, tindakan sama ada wakil rakyat terbabit mahu mencabar pindaan Perlembagaan parti di mahkamah atau apa-apa cara lain selepas pindaan itu diluluskan Pendaftar Pertubuhan (ROS), itu terpulang kepada mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat