Mungkin Boleh Rentas Negeri, Daerah Jika Sudah Terima Dua Dos Vaksin – Muhyiddin

- Advertisement -

KUCHING: Penerima suntikan dua dos vaksin COVID-19 mungkin akan diberikan kebenaran untuk merentas negeri tanpa sebarang halangan.

Jaminan itu dinyatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan Sesi Balai Rakyat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Kuching pada Khamis.

“Kita mahu memutuskan kalau sesiapa yang sudah mendapat dua suntikan, mereka boleh rentas negeri, daerah atau bahagian.

“Boleh rentas negeri ke sana ke sini… mereka (penerima vaksin dua dos boleh pergi ke mana-mana dengan tidak dihalang oleh pihak berkuasa, polis dan sebagainya,” katanya

Tambah Muhyiddin, perkara itu adalah satu galakan dan kemudahan yang boleh didapati kepada individu yang menerima vaksin.

“Jangan nanti kalau ada kata yang mahu pergi ke Pulau Pinang… bercuti ke Langkawi tetapi tidak menerima suntikan, tiada sijil mereka tidak boleh ke sana (rentas negeri).

“Tetapi kalau sudah terima dua kali dos, makanya boleh pergi kemana sahaja,” katanya.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,595FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat