Saya Diminta Bubar UMNO, Tapi Kita Bukan Hamba Untuk Mereka Buli – Ahmad Zahid

- Advertisement -

CYBERJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan laluan sukar yang beliau hadapi kini kerana kedegilannya enggan mengikut gesaan pihak tertentu yang mahu UMNO dibubarkan.

“Saya akui selama ini saya diminta untuk membubarkan UMNO. Parti ini sudah berusia 75 tahun dan jasanya buat agama, bangsa dan tanah air tidak ternilai.

“Keputusan saya untuk tidak membubarkan UMNO menyebabkan saya kini berdepan laluan yang amat sukar,” katanya dipetik dari tulisan beliau di Facebook, hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, kedegilannya enggan membubarkan UMNO itu juga menyebabkan beliau terpaksa berdepan dugaan demi dugaan.

“Saya sedar saya antara ahli politik yang berdepan pertuduhan paling banyak di Malaysia. Itu antara harga yang perlu saya bayar sendiri.

“Saya juga tahu, kedegilan itu menyebabkan saya tidak dilantik sebagai menteri. Tetapi, itu bukanlah perjuangan saya.

“Perjuangan sebenar adalah tentang nasib agama, bangsa dan tanah air yang akan diteruskan. Jika menurut perintah bubarkan UMNO, semuanya akan musnah.

“UMNO ada maruah dan nilai diri. Kita bukan hamba untuk mereka buli dan ganyang,” ujarnya.

Untuk rekod, pada November 2018 lalu, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui telah menggesa Ahmad Zahid membubarkan UMNO diikuti dengan langkah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diketuainya.

“Secara benar, sudah tiada UMNO cuma satu badan, prinsip perjuangannya sudah tidak ada. Apa perlunya ahli UMNO kekal dalam parti yang sudah tinggal perjuangannya, yang utamakan duit, ‘cash is king’?

“Sebab itu, UMNO yang semacam itu perlu dibubar,” kata Dr Mahathir, susulan pendedahan oleh Ahmad Zahid kepada media sebelum itu mengenai perkara berkenaan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan (Tok Mat) turut mengesahkan pendedahan tersebut dan mengakui pimpinan parti itu telah bertemu Dr Mahathir bagi membincangkan gesaan tersebut selepas Perdana Menteri ke-7 itu pulang dari Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73 di New york pada akhir September 2018.

“Memang betul saya dan beberapa pemimpin UMNO ada bertemu dengan Tun (Dr Mahathir) selepas beliau pulang dari Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73 di New York.

“Pertemuan itu bagaimanapun hanya untuk membincangkan mengenai saranan beliau yang mahu UMNO dibubarkan dan bukannya menyentuh mengenai soal lompat parti atau isu lain seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

“Dalam pertemuan itu, kami ada kata kepada Tun supaya tidak membubarkan UMNO, itu saja, bukan berbincang mengenai keluar parti,” kata Tok Mat.

Pada 18 Oktober 2018, Ahmad Zahid berdepan dengan 45 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan beliau minta dibicarakan selepas mengaku tak bersalah.

Diikuti pada 20 Februari 2019, dua pertuduhan tambahan dikemukakan menjadikan keseluruhan 47 pertuduhan dihadapinya.

Manakala, pada 9 Mac 2021 yang lalu, pihak pendakwaan meminda pertuduhan berkaitan penggubahan wang haram yang menurut Ahmad Zahid untuk memberatkan hukuman terhadapnya.

“Saya faham tuduhan ini untuk memberatkan hukuman kepada saya. Terima kasih. (Saya) Tidak mengaku (salah),” kata Ahmad Zahid di Mahkamah Tinggi, pada Mac lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat