Vaksin COVID-19: Pahang Mohon Pemain Industri Pelancongan Diberi Keutamaan

KUANTAN: Kerajaan Pahang mencadangkan supaya semua pemain industri pelancongan turut diberi keutamaan bagi mendapatkan suntikan vaksin.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, jika sektor ini diberi keutamaan, ia akan memberi kesan positif kepada pasaran pelancongan yang merupakan sektor ketiga tertinggi menyumbang kepada pendapatan negara.

Menurut Mohd Sharkar, industri pelancongan antara yang terjejas teruk dan andai mereka yang berada dalam sektor ini tidak bersedia dari sekarang, negara akan menunggu lebih lama untuk ia kembali pulih

“Saya mencadangkan supaya kerajaan buat kategori untuk industri pelancongan ni, contohnya semua staf hotel dapat vaksin percuma. Seratus peratus divaksin.

“Ia dapat membantu dalam meningkatkan keyakinan pelancong, apatah lagi dengan pemain industri ini yang sememangnya berdepan dengan orang ramai setiap masa dan setiap waktu,” kata Mohd Sharkar.

Tambahnya, pemain industri pelancongan adalah juga merupakan petugas barisan hadapan bagi sektor pelancongan dan seharusnya mereka juga turut diberi keutamaan.

“Kalau boleh beri keutamaan kepada pemain industri, terutama sekali dalam pelancongan ini.

“Kita punya pemandu pelancong, barisan hadapan kita … penyambut tetamu semua memang ada ‘close contact’ dengan pelancong,” kata Mohd Sharkar lagi.

Menurutnya, Pahang pada tahun lalu sahaja telah kerugian sebanyak RM5.8 bilion dengan penurunan kehadiran pelancong yang mencatatkan hanya 7.43 juta orang berbanding 13.99 juta pada tahun sebelumnya.

– Astro Awani

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan...

Berita Berkaitan

Suami Beria Pilih Tema ‘Maroon’ Sambut Aidilfitri – Isteri Allahyarham Norhalim

TEMERLOH: Desakan suami untuk memilih warna maroon atau merah manggis untuk tema raya tahun ini antara kelainan sikap ditunjukkan Allahyarham Konstabel Norhalim Tumiran yang...

Zionis Israel tak bertamadun serang menjelang Aidilfitri – Nazir

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO Titiwangsa menyeru seluruh umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia perlu bersatu hati mengecam kekejaman zionis ini...

MB Pahang sumbang RM5,000 Bantu Pesakit SLE

RAUB: Menteri Besar Pahang, Dato Sri' Wan Rosdy Wan Ismail menghulurkan sumbangan peribadi RM5,000 kepada adik Norashikin Azizan yang mengidap penyakit Systemic Lupus Erythematosus...