WHO Jangka Kes Covid-19 Di Malaysia Memuncak Pada Pertengahan April

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia dijangka akan mencapai kemuncak pada pertengahan April, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura, Dr Lo Ying-Ru berkata, bagaimanapun terdapat kesan positif daripada langkah pengawalan yang dijalankan kerajaan, termasuk pemanjangan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ada tanda-tanda lengkungan itu telah diratakan, tetapi kes positif akan meningkat sekiranya tindakan pengawalan itu ditamatkan, dan jika rakyat tidak terus mengambil langkah-langkah keselamatan,” katanya melalui e-mel kepada Reuters.

Dr Lo berkata, berdasarkan data yang dikongsikan kerajaan mengenai jangkitan baharu, serta langkah yang diambil, dapat disimpulkan bahawa penularan itu tidak merebak dengan pantas dalam negara ini.

Sehingga 12 tengah hari Rabu, Malaysia mencatatkan jumlah kes positif tertinggi di kalangan negara-negara ASEAN, iaitu sebanyak 2,908 kes dengan 102 individu sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kementerian Kesihatan Malaysia pada Rabu memaklumkan bahawa kadar jangkitan baharu setiap hari semakin menurun dengan pelaksanaan PKP selain PKP Diperketat di beberapa kawasan yang dikategorikan sebagai kritikal.

Selain itu, kerajaan juga telah meningkatkan kadar keupayaan dengan 7,000 ujian saringan sehari, berbanding 3,500 pada minggu sebelumnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat