Pakej Rangsangan Ekonomi, Prihatin Rakyat

Pemimpin PKR Gesa UMNO Kerjasama Dengan PH

KUALA LUMPUR – Penjajaran politik baharu yang melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO wajar dibincangkan oleh kedua-dua pihak meskipun terdapat penyokong kedua-dua parti kurang...

Pemandu Pelancong, Teksi dan Bas Terima Bantuan Kewangan RM500

KUALA LUMPUR - Pemandu pelancong, teksi dan bas akan menerima bantuan kewangan sekali beri sebanyak RM500 melibatkan peruntukan tambahan RM66 juta di bawah pakej...

Beberapa Individu Bakal Ditahan Bantu Siasatan Isu Kartel Daging – SPRM

PUTRAJAYA - Beberapa lagi individu bakal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu kartel daging sejuk beku. SPRM dalam kenyataannya berkata, sejak...

MINDEF Terima Sumbangan RM200,000 Bantuan Persekolahan Anak Anggota Tentera

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (Mindef) menerima sumbangan RM180,000 daripada Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) dan RM20,000 Zakat Wakalah daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan...

i-Sinar Kategori 2 Terima Bayaran Interim Sehingga RM1,000 Mulai 26 Januari – KWSP

KUALA LUMPUR - Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon kemudahan i-Sinar bagi Kategori 2 akan menerima pembayaran interim sehingga RM1,000 daripada jumlah...

Tindakan pantas, prihatin dan memahami denyut nadi rakyat, itulah yang dapat disimpulkan berkaitan dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sepertimana diumumkan kerajaan baharu-baharu ini. Dengan pengumuman PRIHATIN sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan rakyat khususnya B40 dan M40 berhadapan dengan penularan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Rakyat dan individu yang berkelayakan tidak kira sama ada ‘Makcik Kiah’, suri rumah, penjaja, pekebun, nelayan, kakitangan kerajaan, swasta dan pelajar mulai 1 April 2020 boleh mengakses ke http://www.hasil.gov.my, https://bsh.hasil.gov.my, https://www.treasury.gov.my, bagi melakukan semakan status dan mendaftar Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Usah segan dan malu bagi mendapatkan BPN yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat dan individu yang layak. Bagi kakitangan dan pelaksana BPN, kita permudahkan urusan rakyat yang layak menerima bantuan ini tanpa sebarang biokrasi sepertimana sabdaan Nabi Muhammad SAW yang bermaksud “Permudahkan jangan menyukarkan, berilah berita gembira dan jangan membuat orang lari” (HR Bukhari & Muslim/ Riyadhus Solihin 637).

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) juga mendapat faedah daripada PRIHATIN. Menurut Menteri Kewangan, “Pelbagai langkah diambil untuk memastikan individu dan syarikat PKS yang terkesan diberi sokongan yang berpatutan”. Menurutnya lagi “Selain peruntukan untuk membantu PKS mengekalkan operasi perniagaan, melindungi pekerjaan dan menggalakkan pelaburan domestik, bank-bank tempatan juga turut mengambil langkah-langkah untuk menyokong individu dan syarikat PKS yang terkesan”. Tidak dinafikan PRIHATIN telah menyediakan pinjaman atau pembiayaan kepada PKS dan syarikat korporat, kemudahan penyusunan dan penjadualan semula serta moratorium selama enam bulan untuk perniagaan PKS.

Namun, mengambil kira pandangan dan kebimbangan yang disuarakan oleh pemegang taruh PKS berkaitan dengan kemelut yang dihadapi mereka, beberapa persatuan telah memberi saranan bagi meringankan beban majikan PKS.

Mereka yang mewakili PKS seperti Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Persatuan Peruncit Malaysia (MRA), Pertubuhan Peruncit Bumiputera (BRO), Persatuan Arkitek Perunding Malaysia (ACAM), Persatuan Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) menyarankan beberapa langkah untuk pertimbangan kerajaan bagi meringankan beban dan dilema majikan PKS bagi mengelak daripada berlakunya penutupan operasi perniagaan yang terkesan secara langsung akibat penguncupan ekonomi negara dan dunia.

Presiden Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Kristalina Georgieva, berkata, “Kedalaman penguncupan ekonomi dan kelajuan pemulihan bergantung pada kadar kawalan wabak jenis baru coronavirus (Covid-19) dan seberapa kuat dan bagaimana menyelaraskan tindakan dasar monetari dan fiskal” tambahnya lagi “menyedari bahawa ekonomi global dijangka menyusut tahun ini dan pulih pada tahun 2021”. Tiga dilema yang dihadapi oleh PKS iaitu; Bagaimanakah perniagaan mereka akan bertahan sehingga ekonomi pulih pada tahun 2021? Bagaimanakah syarikat membayar gaji dan upah? Bagaimanakah syarikat membayar sewa dan caj utiliti?

Sebagai rekod bagi tahun 2018, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan mencatatkan sumbangan sebanyak 38.3 peratus kepada RM521.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menurut SME Corp Malaysia, data terbaharu yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan PKS mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.2 peratus pada tahun 2018. Sektor perkhidmatan dan pembuatan terus menjadi penyumbang utama dengan gabungan sumbangan sebanyak 82.4 peratus pada 2018. Sumbangan besar PKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun-tahun sebelum ini tidak boleh dipandang remeh. Jika dalam tempoh PKP dan pasca PKP, permasalahan dan kemelut yang dihadapi PKS tidak diatasi dengan berhemah, adakah negara mampu mencapai sasaran sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana sebanyak 41 peratus kepada KDNK menjelang 2020 sejajar dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030)?

UMNO, Barisan Nasional dan Muafakat Nasional menggesa kementerian dan agensi yang berkaitan dengan PKS terutamanya Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) sebagai agensi penyelaras pusat (CCA) yang melibatkan 17 Kementerian dan lebih 60 agensi mencari jalan terbaik membantu PKS di saat kritikal ini. Pertemuan dan perbincangan segera dan berkala perlu diadakan bagi mendengar pandangan dan cadangan persatuan-persatuan yang mewakili PKS. Pakar ekonomi termasuk Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan pembuangan pekerja akan berlaku sebesar 1 hingga 2 juta orang dalam beberapa bulan akan datang, jika permasalahan penguncupan ekonomi dan PKS tidak dirungkaikan segera.

Setelah saya meneliti pandangan dan kenyataan akhbar oleh beberapa persatuan PKS, untuk merangsang pasaran dalam jangka pendek dan sederhana, beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan bagi mengurangkan bebanan PKS antaranya:

  1. Pembayaran dan obligasi wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Majikan dan pekerja diberikan pengecualian caruman sekurang-kurangnya bagi tempoh enam bulan yang akan datang.
  2. Membenarkan penangguhan pembayaran cukai tertunggak untuk LHDN, kastam, dan cukai lain sekurang-kurangnya 6 bulan serta pengurangan cukai pendapatan, cukai jualan, setem tugas untuk 2020. Dasar ini sedang diterapkan di banyak negara.
  3. Mempermudahkan pengeluaran dana PKS yang sedang atau sudah diluluskan. Ini kerana dalam tempoh PKP, syarikat kecil lebih memerlukan dana berbanding organisasi besar.
  4. Penekanan larangan pemberhentian pekerja kepada majikan melalui AKTA BURUH di bawah Jabatan Tenaga Kerja telah menjadi dilema kepada PKS. Satu kaedah yang lebih praktikal perlu dirangka supaya berlaku kompromi ‘menang-menang’ untuk kebaikan pekerja dan majikan.

Dalam usaha mengurangkan impak kelembapan ekonomi, langkah segera perlu dirangka bagi mengurangkan bebanan PKS berikutan sektor ini memberi sumbangan besar kepada KDNK negara. Tindakan segera kerajaan dapat mengurangkan kesan negatif pasca PKP kepada majikan dan pekerja. Saya yakin Menteri Kewangan akan menimbangkan dengan sewajarnya pandangan dan keluhan PKS sepertimana kenyataannya sebelum ini “Kementerian Kewangan dan agensi-agensi di bawahnya akan terus bekerjasama dengan sektor kewangan dan pelaburan untuk mengkaji pelaksanaan PRE2020 dan langkah-langkah seterusnya bagi membantu dan menyokong perniagaan dan isi rumah mengikut keperluan semasa”. Bersama-sama kita doakan semoga segala usaha kerajaan membantu rakyat keseluruhannya dipermudahkan.

Secangkir Kopi – Ahmad Zahid Hamidi

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Hujan lebat ubah struktur tanah akibatkan paip patah -Ranhill SAJ

JOHOR BAHRU- Kejadian hujan lebat secara berterusan sejak seminggu lalu telah menyebabkan perubahan struktur tanah di kawasan tangki Bukit Kempas 2 dan menyumbang kepada...

Berita Berkaitan

Pemandu Pelancong, Teksi dan Bas Terima Bantuan Kewangan RM500

KUALA LUMPUR - Pemandu pelancong, teksi dan bas akan menerima bantuan kewangan sekali beri sebanyak RM500 melibatkan peruntukan tambahan RM66 juta di bawah pakej...

MINDEF Terima Sumbangan RM200,000 Bantuan Persekolahan Anak Anggota Tentera

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (Mindef) menerima sumbangan RM180,000 daripada Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) dan RM20,000 Zakat Wakalah daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...