Dua Lelaki Ditahan, 451kg Dadah Bernilai RM14.9 Juta Dirampas

- Advertisement -

SHAH ALAM – Polis merampas sejumlah 451.215 kilogram (kg) dadah jenis Methamphetamine yang dianggarkan bernilai RM14.9 juta dalam kenderaan pacuan empat roda di Rawang pada Selasa lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, menerusi serbuan jam 12.55 tengah hari itu, turut ditahan adalah dua lelaki tempatan yang bertindak sebagai ‘transporter’ berusia 22 dan 33 tahun.

Katanya, serbuan berkenaan dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman hasil maklumat pengedaran dadah.

“Hasil serbuan terhadap kenderaan jenis Nissan Navara itu menemui 10 bungkusan guni putih mengandungi sejumlah 503 bungkusan kecil plastik berwarna keemasan yang disyaki mengandungi dadah jenis Methamphetamine seberat 451.215 kilogram.

“Nilai rampasan dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM14.9 juta dan ia dipercayai untuk pasaran Lembah Klang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek berkenaan baru sahaja aktif menjadi transporter sejak tiga bulan lalu dan diberikan bayaran sekitar RM10,000 bagi penghantaran dadah berkenaan.

Katanya, bekalan dadah berkenaan dipercayai dari negara jiran dan suspek bertindak membawa dadah itu dari Kelantan ke Selangor.

“Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap dua suspek adalah negatif bagaimanapun kedua-dua mereka mempunyai rekod lampau mengikut Seksyen 39A(1); 12(2);15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Kedua-dua suspek kini direman sehingga 7 Mac ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya,” katanya. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat