KWSP umum jumlah agihan dividen tertinggi

- Advertisement -

CYBERJAYA: Di sebalik tekanan pandemik Covid-19 dan penguncupan ekonomi, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.10 peratus untuk simpanan konvensional dan 5.65 peratus untuk simpanan syariah bagi tahun 2021.

Dari segi jumlah pengagihan pula, pembayaran tahun ini merupakan tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM57.1 bilion. Rekod sebelum ini adalah sebanyak RM48.13 bilion yang dicatatkan pada 2017.

Kadar dividen ini juga lebih tinggi dari tahun 2019, sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia, yang hanya mencatatkan 5.45 peratus untuk simpanan konvensional.

Menurut KWSP, nilai aset mereka juga mencecah RM1.008 trilion pada 2021, meningkat 0.8 peratus daripada tempoh sebelum ini.

Pertumbuhan perlahan nilai aset adalah disebabkan pengeluaran caruman secara besar-besaran bagi melegakan beban pandemik Covid-19. Sehingga Oktober tahun lalu, 7.4 juta ahli telah mengeluarkan RM101 bilion.

Sehingga 31 Dis 2021, KWSP mencatatkan peningkatan sebanyak 6.0 peratus dalam jumlah pendapatan pelaburan kasar kepada RM67.06 bilion daripada RM63.45 bilion pada 2020, ini dipacu oleh pemulihan progresif pasaran ekuiti dan kebanyakan aset kelas di tengah-tengah pemulihan global.

Walaupun KWSP mencatatkan caruman bersih yang negatif (caruman selepas pengeluaran) dalam tempoh 20 tahun, sebanyak RM58.2 bilion, namun ia kekal teguh dan berhemat dalam strategi pelaburan jangka panjangnya, sambil menyesuaikan diri dengan cabaran untuk memastikan pulangan mampan jangka panjang .

KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM67.06 bilion, dengan RM6.91 bilion diperuntukkan kepada Simpanan Shariah.

Prestasi lebih baik KWSP ini hasil pendekatan kepelbagaian dalam Peruntukan Aset Strategik (SAA). SAA telah membolehkan dana KWSP berdaya tahan terhadap kejutan kewangan dan kekal stabil dalam situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Semua dividen untuk simpanan konvensional dan Simpanan Shariah akan selesai dikredit kepada akaun pencarum pada pada 6 Mac 2022. Ahli boleh menyemak akaun mereka melalui i-Akaun atau mendapatkan penyata mereka dari kiosk KWSP seluruh negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat