10 Tapak Perumahan Generasi Felda Terbengkalai Di Pahang Akan Dibangunkan Semula – MB

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang telah menerima serahan 10 Tapak Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) yang terbengkalai untuk dibangunkan semula.

Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan semula projek yang terbengkalai ini bagi memenuhi aspirasi anak muda FELDA di negeri ini untuk memiliki rumah sendiri.

Wan Rosdy berkata demikian selepas menerima serahan 10 tapak perumahan yang terbengkalai tersebut daripada Pengurus Besar Felda, Dato’ Amiruddin Abdul Satar, di Wisma Persekutuan Negeri, di sini, pada Rabu.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, Dato’ Haji Nazri bin NgahSetiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, dan Pengurusan Felda.

“Saya mewakili Kerajaan Negeri Pahang telah menerima serahan 10 Tapak Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) yang terbengkalai di Negeri Pahang untuk dibangunkan semula.

“Terima kasih kepada Pengurus Besar FELDA, Dato’ Amiruddin Abdul Satar yang telah hadir dan melakukan serahan ini tadi.

“Kerajaan Negeri akan berusaha untuk memastikan Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) yang terbengkalai dapat disempurnakan pembinaannya bagi memenuhi aspirasi anak muda FELDA di negeri ini untuk memiliki rumah sendiri.” kata Wan Rosdy. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat