Muhyiddin lancar ikrar PN bertema ‘Demi Bangsa Johor’

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Bertemakan ‘Demi Bangsa Johor’ sebagai ikrar Perikatan Nasional (PN) menggariskan lapan tunjang utama ikrar untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tunjung itu juga akan dipacu 24 strategi dan berlandaskan 144 pendekatan bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir daripada mendapat limpahan manfaat dalam pelbagai sektor ekonomi dan sosial.

Muhyiddin memberitahu, tunjang pertama adalah mewujudkan kempimpinan yang berintegriti dan bebas rasuah.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, PN akan membentuk sebuah kerajaan yang sentiasa mendokong pemimpin berintegriti, bebas rasuah dan menolak penyalahgunaan kuasa.

“Selain itu, PN akan turut memberi tumpuan kepada keutuhan ekonomi Johor yang merangkumi Pelan Sedekad Ekonomi Johor 2022-2032 merangkumi pelbagai bantuan khas.

“Tunjang ketiga pula adalah keutamaan tangani kos sara hidup antaranya memperkenalkan skim air percuma sebanyak 20 meter padu kepada setiap isi rumah.

“Tunjang seterusnya, melibatkan kesejahteraan sosial dengan memastikan pendidikan berkualiti disediakan untuk memperhebat generasi pewaris Johor dengan tumpuan kepada penyediaan fasiliti dan teknologi digital serta meningkatkan akses pendidikan kepada semua rakyat,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Ikrar Perikatan Nasional ‘Demi Bangsa Johor’ pada Rabu.

Turut hadir Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Uzumu dan Pengerusi PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata yang juga bekas Perdana Menteri berkata, tunjang kelima adalah keprihatinan kepada rakyat termasuk kepada semua golongan masyarakat antaranya belia, wanita, warga emas, orang kurang upaya, masyarakat orang asli dan komuniti FELDA.

Bagi tunjang enam pula, beliau berkata, PN akan meningkatkan kecekapan infrastruktur termasuk pembinaan dan naik taraf jalan serta jambatan, landasan keretapi, pengangkutan awam dan lapangan terbang.

“Tunjang seterusnya adalah untuk merancakkan sektor pelancongan Johor dengan pendekatan ‘Johor Agro Visit’ dengan pakej farmstay atau latihan pertanian.

“Tunjang terakhir yang kita gariskan melibatkan kelestarian alam sekitar dalam mendepani cabaran perubahan iklim dan fokusnya akan diberikan untuk menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir serta menyediakan pelan induk kesiapsiagaan Kerajaan Negeri dalam mendepani bencana alam,” kata Muhyiddin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat