Fitnah senjata pengecut, Maszlee hantar surat tuntutan kepada Asyraf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata hanya mereka yang pengecut sahaja yang sering menggunakan senjata fitnah dan propaganda murahan untuk meraih sokongan politik.

Menurut beliau, sudah sampai masanya kita berpolitik secara matang dan berasaskan fakta, juga keberanian untuk tampil bersemuka dan berbincang agar rakyat di bawah boleh menilai dengan saksama.

Maszlee berkata, bak kata pepatah, usahlah baling batu sembunyi tangan, beriak tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh.

Ujarnya mengenai perkembangan terkini berkaitan kenyataan fitnah Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Peguam saya telah mengutuskan Surat Tuntutan (LOD) kepada Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi di atas kenyataan fitnah jahat yang beliau keluarkan menerusi Facebook beliau pada 24 Februari 2021.

“Surat tuntutan ini menuntut beliau agar; Memadam hantaran tersebut serta-merta;
Memastikan bahawa mana-mana profil atau halaman Facebook juga media sosial lain yang menyiarkan hantaran tersebut menarik semula dan memadamnya serta-merta.

“Selain itu, menerbitkan suatu kenyataan maaf bertulis yang dipersetujui bersama di dalam Facebook beliau dan akhbar tempatan; serta membayar sejumlah wang, yang terlebih dahulu dipersetujui oleh saya sebagai pampasan kerana hantaran tersebut jelas menfitnah saya,” tegas Maszlee.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, sekiranya tuntutan-tuntutan ini tidak dilayan dalam tempoh yang ditetapkan, tindakan undang-undang selanjutkan akan terus diambil oleh peguamnya.

“Ini semua ialah proses tindakan undang-undang yang telah saya mulakan untuk memastikan budaya fitnah jahat berbaur perkauman begini tidak berulang lagi.

“Sebagai pengajaran bersama, saya percaya rakyat Malaysia amat muak dan benci dengan budaya fitnah jahat berbaur perkauman yang sengaja ditimbulkan dan boleh menggugat hubungan sesama kaum di Malaysia.-SuaratV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat