Agihan untung Tabung Haji 3.10 peratus

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.10 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 dengan jumlah pembayaran sebanyak RM2.24 bilion.

Dalam catatan di Facebook, Tabung Haji memaklumkan para pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing selepas pukul 12 tengah hari pada hari Rabu, 3 Mac 2021.

“Alhamdulillah, Tabung Haji (TH) telah mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.10% selepas zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 dengan jumlah pembayaran sebanyak RM2.24 bilion.

Para pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing selepas pukul 12 tengah hari pada hari Rabu, 3 Mac 2021 menerusi aplikasi THiJARI, kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat dan melalui saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB,” katanya. -SuaraTV

 

 

 

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat