Polis Sabah Tak Pernah Halang atau Arah Ebit Liew Henti Program Bantuan – Hazani

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali memaklumkan pihaknya serta Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) tidak pernah menghalang atau mengeluarkan sebarang arahan bagi menghentikan sebarang program bantuan pendakwah terkenal, ustaz Ebit Lew di kawasan terbabit.

“Polis malahan sentiasa mengalukan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan program amal kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan di negeri ini.

“Bagaimanapun, pihak berkenaan digalakkan untuk merujuk dengan pihak berkuasa seperti polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu atas faktor keselamatan.

“Kita tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau tindakan untuk menghalang program yang dianjurkan pihak tertentu termasuklah ustaz Ebit Lew,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Hazani menyatakan kenyataan yang ditularkan di media sosial mengaitkan Perintah Berkurung dikuatkuasakan meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Bagaimanapun, beliau menyatakan perintah berkenaan dikeluarkan adalah bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah.

“Ia tidak kena-mengena dengan program yang dianjurkan sukarelawan atau pihak NGO di mana-mana kawasan di negeri ini.

“Cuma kita minta beliau rujuk dengan pihak berwajib adalah bagi mengenalpasti status pulau dan penduduk terbabit,” katanya.

Terdahulu, ustaz Ebit Lew menerusi laman sosial Facebook miliknya mendakwa dirinya terpaksa menghentikan misi bantuan kerana tidak dibenarkan melawat ke pulau-pulau sekitar Semporna.

Malahan dalam kenyataan sama beliau turut diminta supaya menghentikan bantuan di sekitar daerah terbabit. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat